Putera Mohammed dedahkan idea awal The Line

Putera Mahkota e Mohammed bin Salman (FOTO: Arab News)
- Advertisement -

RIYADH: Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah membincangkan beberapa idea terawal mengenai reka bentuk The Line, kemegahan masa depan Arab Saudi, dan maksud projek mega itu kepada kerajaan Saudi dan dunia secara amnya.

Bandar raya moden dan pintar futuristik yang bercita-cita tinggi di luar kotak pemikiran itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan utama NEOM Arab Saudi dengan anggaran kos mencecah AS$50 bilion (RM233 bilion), yang terletak di utara Saudi, dan beliau membayangkan semula bagaimana kehidupan bandar sepatutnya pada abad ke-2.

- Advertisement -

“Kerajaan Saudi bermatlamat mahu mencipta tamadun baharu untuk masa depan dan telah menggesa negara-negara lain untuk mengambil langkah yang sama demi membina planet (bumi) yang lebih baik,” katanya dalam wawancara dengan Discovery Channel mengenai The Line yang disiarkan pada hari Isnin (26 Jun), waktu tempatan.

Beluiu bercakap dalam dokumentari tentang bagaimana idea reka bentuk di sebalik terhasil dan apa yang akhirnya ia menjadi sesuatu yang sangat bermakna untuk Saudi, lapor Arab News.

“Memandangkan negara ini mempunyai tempat kosong, dan kita mahu menempatkan sehingga 10 juta orang populasi, maka marilah kita berfikir dari awal,” kata putera mahkota itu.

Pembinaan The Line sejauh 170 kilometer merupakan sebahagian daripada projek bandar raya futuristik, Neom di Arab Saudi. (FOTO Neom.com)

“Kami bercakap tentang banyak idea, ‘mengapa kami tidak boleh membina bulatan?’” kongsinya sambil mengimbau langkah pertama dalam proses reka bentuk bandar raya itu. 

“Kami boleh menghubungkannya dengan mobiliti dan membinanya secara perlahan-lahan sehingga ia siap untuk dihuni 10 juta penduduk,” tegas Putera Mahkota itu.

Selepas sumbang saran dan pertandingan untuk mencari pereka terbaik untuk idea tentang penampilan bandar raya itu, satu pilihan reka bentuk yang paling menonjol telah dipilih.

Ilustrasi struktur Mirror Line di hujung The Line yang menghadap lautan luas. (FOTO news.18.com)

“Mereka (pereka-pereka yang bertanding) memberikan kami skop bandar raya berdasarkan kaedah sedia ada tetapi dengan penyelesaian yang lebih baik… kecuali seorang, yang berkata: ‘Mari kita ubahnya daripada bulatan kepada garisan’,” tambahnya.

Dari situ, Putera Mahkota mencadangkan akan mewujudkan rupa ikonik yang akhirnya dikenali sebagai The Line.

“Idea infrastruktur bagus, tetapi apabila anda masuk ke dalamnya, dengan lebar 0.2 kilometer, anda tidak merasakannya sebagai sempit atau ‘terkurung’. 

“Saya memberitahu pasukan perancang The Line, ‘bagaimana pula jika kita mengambil 2km itu dan menilaikannya (supaya ia menjadi) dua menara (merentasi) di keseluruhan barisan The Line, adakah ia akan berfungsi atau adakah ia terlalu besar?’

Ilustrasi struktur penempatan penduduk di bangunan Mirror Line yang terletak di The Line, di tengah bandar raya pintar futuristik Neom, di Arab Saudi pada ketinggian 500 meter di atas paras laut. (FOTO Constructionweekonline)

“Hasilnya ialah fenomena reka bentuk bandar sepanjang 170km pada ketinggian 500 meter dari paras laut yang akan dijalankan pada 100 peratus tenaga boleh diperbaharui, dengan 95 peratus tanah dipelihara untuk alam semula jadi – dan ia akan bebas aliran trafik kereta,” ujarnya lagi.

Beliau berkata reka bentuk itu akan menjelaskan struktur dalaman bandar raya berbilang lapisan itu dan menangani masalah bandar raya rata dan mendatar sedia ada.

Putera mahkota berkata, penduduk Arab Saudi pada 2030 dijangka mencecah antara 50 dan 55 juta, meningkat dengan ketara daripada 33 juta sekarang in. 

Ptpjek mega bandar raya pintar dan moden, The Line kini dalam pembinaan (gambar kiri) dijadualkan bakal disiapkan sepenuhnya menjelang tahun 2030 (gambar kanan). (FOTO: Reddit)

“Pada 2030, kami akan mencapai kapasiti penuh infrastruktur sedia ada di Arab Saudi,” katanya, yang menekankan akan keperluan pembinaan bandar raya baharu, The Line bakal disiapkan menjelang tahun tersebut.

“The Line akan menangani cabaran yang dihadapi manusia dalam kehidupan bandar hari ini dan akan menyinari cara alternatif untuk hidup.” 

“Kita tidak boleh mengabaikan kebolehdiaman dan krisis alam sekitar yang dihadapi oleh bandar-bandar lain di dunia yang kita diami ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2023

- Advertisement -