‘Saya lihat yang paling gelabah ialah DAP’

- Advertisement -

KOTA BHARU: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, DAP dilihat paling menggelabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.

- Advertisement -

Ini, menurutnya, DAP meletakkan jenama gelombang hijau untuk menakutkan orang ramai dengan Islam.

“Saya lihat yang paling gelabah ialah DAP. DAP letak jenama gelombang hijau. Itu Islamofobia, untuk menakutkan orang dengan Islam, itu tak betul,” ujarnya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN di Dataran Warisan, di sini malam tadi. Hadir sama ialah Setiausaha Agung PERIKATAN NASIONAL (PN) Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Beliau menambah, sepatutnya pemimpin DAP datang ke Kelantan untuk melihat suasana masyarakat bukan Islam yang hidup dengan aman.

“Patut dia datang ke Kelantan tengok orang bukan Islam, aman, di Terengganu, Kedah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, perkembangan rakyat dan anak muda menjelang PRN di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak lama lagi sangat menarik dan positif kepada PN.

“Perkembangan anak muda dan rakyat sangat menarik. Sokongan orang mudah makin bertambah dan sangat menarik, orang tua berubah termasuk kalangan orang Umno sendiri.

“Ini menunjukkan momentum itu sangat positif untuk kita,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan peratusan kemenangan yang akan diperolehi pada PRN tersebut.

“Peratusan untuk menang di enam negeri itu saya tak boleh buat andaian,” katanya.

Beliau juga memaklumkan Majlis Syura Ulamak akan mengadakan mesyuarat untuk menapis senarai calon PAS yang akan bertanding pada PRN di enam negeri itu.

Tapisan calon berlangsung terus MSU akan bermesyuatrat minggu depan

Mengenai sama ada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dicalonkan atau tidak, begitu berkata: “Tunggu hari penamaan calon, tengok nama dia naik ke tidak,”. – HARAKAHDAILY 25/6/2023

- Advertisement -