Kerajaan Madani cabul hak rakyat

- Advertisement -

KETIKA membahaskan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2023 Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, mendedahkan bahawa sejak dipilih rakyat dalam PRU Parlimen hinggalah ke hari ini kerajaan Perdana Menteri ke-10 (PM10) tidak beri sesen pun peruntukkan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.

Menurut beliau Ahli Parlimen pembangkang terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar gaji pekerja di Parlimen masing-masing. Bayangkan bagaimana mereka membantu rakyat?

Ini bukan Kerajaan Madani tetapi kerajaan zalim yang cuba menghukum rakyat kerana mengundi pembangkang.

Rakyat Malaysia mengangkat dan memenangkan 74 wakil mereka dari PERIKATAN NASIONAL (PN). Itu hak mereka dan ia perlu diiktiraf dan dihormati.

Kerajaan patut menghormati pilihan rakyat dan tidak mendera Ahli Parlimen – Ahli Parlimen pilihan rakyat dengan menyekat peruntukan sebegini.

Ahli Parlimen PH-BN yang juga dipilih rakyat mewah dengan jutaan.peruntukkan dari wang rakyat tetapi Ahli Parlimen PN diabaikan dan rakyat yang menderita.

Ini Malaysia bukan Myanmar atau Republik Kongo, kenapa zalim sangat kerajaan ini sedang Ahli Parlimennya berdegar-degar mendakwa diri sebagai tokoh reformasi, pejuang hak asasi, peneraju Kerajaan Madani?

Apa pun hanya rakyat yang boleh memberi pengajaran kepada si zalim ini. Jangan kita biarkan mereka mencabul hak rakyat.

PRN 6 negeri nanti, menangkan PN biar jadi kerajaan negeri di 6 negeri. Biar pimpinan kerajaan negeri PN nanti tunjukkan kepada PH-BN bagaimana jadi kerajaan yang adil, yang saksama dan hormati pilihan rakyat.

Dulu PM10 dakwa kerajaan Tun Dr Mahathir zalim dan telah ajak rakyat turun ke jalanan untuk protes dan gulingkan Tun. Hari ini si zalim bertukar tangan. 

Kita bertanggungjawab memperbetulkan keadaan. Tidak perlu turun ke jalanan, cukup keluar beramai-ramai tolak PH-BN dan undi PN dalam PRN ke-15 untuk 6 negeri nanti.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 14/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -