Malaysia Madani akan ditolak seperti Malayan Union

- Advertisement -

CADANGAN Lim Kit Siang untuk Kerajaan Perpaduan bekerjasama dengan PAS bukti bahawa DAP tidak percaya kepada Umno untuk meraih undi Melayu dalam PRU Negeri akan datang.

- Advertisement -

Kegagalan Zahid Hamidi dalam isu kalimah Allah sehingga membelakangi titah Sultan Johor dan Sultan Selangor adalah penanda aras Umno hari ini sudah tidak releven.

https://www.sinarharian.com.my/article/258903/berita/nasional/kalimah-allah-bersatu-dakwa-kerajaan-langgar-titah-sultan

Tindakan pimpinan Umno yang ‘memadam’ muka pemimpin-pemimpin Umno terdahulu demi meraikan DAP dan sekutunya ke Dewan Merdeka sangat mendukacitakan ahli dan penyokong Umno.

https://www.sinarharian.com.my/article/259553/berita/politik/gambar-bekas-pemimpin-umno-hilang-semasa-konvensyen-kerajaan-perpaduan

Ia ibarat tidak mengiktiraf dan mengkhianati perjuangan mereka yang membangunkan negara Malaysia sehingga berada di prestijnya yang tersendiri pada hari ini.

Buat pertama kalinya dalam sejarah politik tanah air DAP diberikan penghormatan berucap di atas pentas dewan yang penuh dengan sejarah itu.

Apa yang lebih menyedihkan, Ketua Pemuda Umno selaku tuan rumah terpaksa meminta maaf secara terbuka kepada PH kerana pernah bertegas atas isu-isu melibatkan kepentingan negara sebelum ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/258453/berita/politik/akmal-mohon-maaf-isu-lantikan-politik-bawah-mohamad-sabu

Terlalu banyak perkara yang sebelum ini menjadi asas serta prinsip perjuangan Umno terpaksa digadaikan atas pendekatan toleransi dan tunduk kepada kuasa politik DAP.

Sehingga kini, Malaysia belum mencapai nisbah seorang doktor kepada 400 pesakit namun JPA zaman Anwar dan Zahid ini telah menghentikan tajaan pelajar perubatan di universiti tempatan.

Sedangkan pelajar Melayu antara yang paling banyak mendapat manfaat selama ini. Jika tiada biasiswa untuk mereka, kepada siapa pelajar-pelajar genius ini boleh bergantung harap?

Kita juga telah melihat bagaimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ketua Penerangan Umno pada hari ini menyatakan bahawa inisiatif melupuskan hutang RM8.3 bilion peneroka FELDA yang diperkenalkan zaman kerajaan PN tidak dapat diteruskan kerana bimbang memberi impak besar kepada aliran tunai FELDA.

https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kerajaan-ph-bn-batal-hapus-hutang-peneroka-felda-rm8-3b-laporan/

Sejak bila Umno berkira-kira untuk membantu para peneroka khususnya orang Melayu?

Lihat pula bagaimana nasib jemaah muassasah T20 ditarik subsidi mereka dan perlu membayar sepenuhnya kos menunaikan Haji. Akibatnya, ramai yang dipanggil terpaksa menolak atas faktor kewangan.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2023/05/22/tiada-lagi-subsidi-elektrik-untuk-t20-kos-haji-juga-kena-bayar-penuh

Maka siapa yang akan membela nasib orang Melayu pada hari ini? Mengapa Umno tergamak menggadai perjuangan lebih daripada 65 tahun ini hanya kerana kuasa yang sedikit dan sebentar cuma?

Paling menyedihkan apabila Umno dilihat sering bertolak ansur sedangkan DAP semakin mengukuhkan kedudukan dan pengaruh politiknya dalam Kerajaan Madani ini.

https://www.malaysianow.com/my/news/2023/05/02/dong-zong-mahu-kerajaan-bertindak-selepas-pemuda-umno-persoal-dana-sekolah-cina

Apa khabar mereka yang dijanjikan bahawa Dato’ Sri Najib Razak akan dibebaskan dalam masa terdekat ini? Sudah jatuh ditimpa tangga. Sang Presiden kini lebih ghairah menipu ahli-ahli partinya sendiri sejak berkawan dengan PH yang terkenal dengan janji-janji palsunya.

Buat rakan-rakan dalam Umno, kembalilah kepada perjuangan asal demi agama, bangsa dan negara. Jangan dilupa wasiat Raja-raja Melayu, jangan dilupa bagaimana generasi datuk, nenek dan moyang kita melawan Malayan Union suatu ketika dahulu.

Mereka telah berjaya, perlukah kita sekadar berpeluk tubuh membiarkan sahaja?

Sekian. 

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 2/6/2023

- Advertisement -