Penyokong Roma ancam pengadil final Liga Europa

Suasana kelam kabut di lapangan terbang Budapest ketika penyokong AS Roma menyerang Anthony Taylor dan keluarganya.
- Advertisement -

Pengadil perlawanan akhir Liga Europa, Anthony Taylor dan keluarganya terpaksa diiringi oleh pengawai keselamatan selepas penyokong Roma yang marah menghina dan membaling kerusi ke arah mereka di lapangan terbang Budapest, Huangary.

- Advertisement -

Video kejadian itu dimuatkan dalam laman web Gazzetta dello Sport, semalam.

Penyokong Roma menyalahkan Taylor terhadap kekalahan kelab itu dalam penentuan penalti kepada Sevilla ketika perlawanan akhir Liga Europa, Rabu lalu.

Jurulatih Roma, Jose Mourinho, turut membidas pengadil dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu dan kemudian dilihat menghina Taylor ketika pasukannya bersiap sedia untuk meninggalkan Stadium Arena Puskas.

Sementara itu persatuan pengadil bola sepak Inggeris dalam satu kenyataan menyatakan, “menyedari video yang tersebar di media sosial menunjukkan Anthony Taylor dan keluarganya diganggu dan diancam di Lapangan Terbang Budapest.

“Kami terkejut dengan perbuatan tidak wajar dan keji yang ditujukan kepada Anthony dan keluarganya ketika pulang dari mengadili perlawanan akhir Liga Europa UEFA. Kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada Anthony dan keluarganya,” tambah persatuan pengadil.

UEFA pula masih menunggu laporan pengadil daripada perlawanan itu.

Pengurus Besar Roma, Tiago Pinto juga meneruskan serangan ke atas Taylor dalam satu kenyataan kepada agensi berita Itali, ANSA, semalam.

“Kami di AS Roma tidak mahu menimbulkan keraguan tentang merit Sevilla. Kami percaya bahawa dengan lawan kami, kami menjadikan perlawanan akhir yang hebat dan menghormati pentas yang ditawarkan kepada kami oleh UEFA dengan cara terbaik.

“Kami biasanya tidak mengulas serta-merta mengenai situasi ini, tetapi sepanjang hari ini, kami telah menganalisis kedua-dua insiden yang paling ketara dan yang kelihatan kurang jelas dan jelas bahawa dari segi disiplin, pengadil perlawanan tidak seimbang.” – AP

- Advertisement -