LIMA ’23 terbaik sejak 1991

Muhammad Sanusi (tengah) dalam Majlis menandatangani (MoU) antara Kedah Aerotropolis dengan enam syarikat antarabangsa yang berkaitan dengan kargo dan MRO pada 23 Mei 2023.
- Advertisement -

LANGKAWI: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) disifatkan sebagai yang terbaik setakat ini sepanjang acara itu dilangsungkan sejak tahun 1991.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau sangat berpuas hati dengan persiapan acara antarabangsa itu yang dilihat berjalan dengan baik dan lancar. 

- Advertisement -

“Inilah adalah LIMA pertama bagi saya sebagai Menteri Besar, saya amat berpuas hati dengan persembahan maritim, serta keupayaan persiapan yang dibuat termasuk aset-aset yang dipamerkan semakin canggih.

LIMA ’23 bakal menjadi acara LIMA pertama melibatkan Muhammad Sanusi sebagai Menteri Kedah.

“Ramai dalam kalangan anggota Pasukan Khas Tentera Laut (Paskal) yang terlibat dengan persembahan  ini kenalan saya,” katanya memetik dari laporan media tempatan, di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan persembahan pembukaan segmen maritim LIMA 23 yang diadakan di Resort World Langkawi (RWL) menggalakkan orang ramai, khususnya penduduk tempatan hadir menyaksikan pameran ini.

Muhammad Sanusi berpuas hati dengan dengan persembahan maritim, serta keupayaan persiapan yang dibuat sempena LIMA ’23.

LIMA ’23 dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam  dan turut dihadiri Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamad Hasan: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan lain-lain wakil kementerian berkaitan.

Muhammad Sanusi antara kenamaan yang turut hadir menyambut keberangkatan Tuanku Sultan Kedah di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi petang semalam. 

Dalam masa yang sama, beliau juga sempat merasmikan booth pameran Kedah Aerotropolis dan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kedah Aerotropolis bersama enam syarikat antarabangsa yang berkaitan kargo, dan pengelenggaraan pembaikan dan kendalian operasi (MRO). – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -