Lempar fitnah dan beri tekanan politik

Bila mereka tidak mampu saingi PAS

- Advertisement -

MEREKA tidak mampu bersaing dengan PAS dari sudut integriti, jadi mereka menggambarkan seolah-olah PAS mundur dan terkebelakang dari sudut pembangunan. Mereka cuba resahkan rakyat dengan aspek kebendaan.

PAS sejak ditubuhkan berusaha untuk berpolitik menurut tabii manusia. PAS juga membuktikan kejayaannya mentadbir negeri dengan amanah walaupun mempunyai sumber kewangan terhad.

Mereka menggambarkan seolah PAS tidak peduli keperluan rakyat padahal merekalah yang menyekat dan menafikan hak negeri yang diperintah oleh PAS. Bukan sekadar itu, mereka juga memilih untuk bersama DAP yang lantang menentang usaha PAS untuk melaksanakan hukum Islam.

Siapakah memegang jawatan Menteri Kewangan lalu menyekat Kelantan daripada menerima peruntukan daripada kerajaan pusat dahulu? Bukankah individu yang melaungkan soal tatakelola itu jugalah yang sering melengah-lengahkan birokrasi dengan berbagai dalih dan syarat-syarat tidak munasabah?

Ketika PAS teguh berusaha melaksanakan hukum Islam dan ditentang hebat oleh DAP. PAS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pimpinan politik Islam yang lain agar usaha mengangkat martabat syariat dan hukum Islam ini terus diperkasa.

PAS akan terus berjuang dengan mengutamakan syariat Islam tanpa menafikan aspek kebendaan. Kerana itulah yang diajar oleh Islam. Hanya dengan Islam, urusan dunia dapat ditadbir dengan adil seterusnya membawa keuntungan di akhirat.

USTAZ MAHFUZ ROSLAN
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan
Bertarikh: 24 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 24/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -