UMMAH seru umat Islam pertahan kalimah Allah

Mohd Zai Mustafa
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru agar umat Islam di negara ini bersatu teguh mempertahankan kalimah Allah SWT tanpa mengira ideologi dan perbezaan politik.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa umat Islam pada masa sekarang tidak boleh lagi berdiam diri dan mengharapkan kerajaan madani mempertahankan kesucian agama Islam apabila kes berkait isu kalimah Allah SWT itu telah ditarik balik oleh pihak kerajaan itu sendiri.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam kepada Jemaah Menteri berhubung keputusan untuk menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah SWT dan tiga perkataan lain untuk tujuan pembelajaran. 

“Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan telah difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

“Menurut notis berkenaan, dua pihak tersebut, tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021. Susulan itu, keseluruhan rayuan dihentikan tanpa sebarang perintah terhadap kos,” jelas Mohd Zai. 

Justeru, UMMAH menyeru dan mendesak semua pihak termasuk pimpinan NGO dan pemimpin ummat Islam agar bersatu mempertahankan kalimah suci ini.

“UMMAH juga turut bersedia bersama-sama seluruh umat Islam pada bila-bila masa untuk mempertahankan kalimah suci ini sehingga turun ke jalanan jika diperlukan,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/5/2023

- Advertisement -