Rumah Terbuka Aidilfitri gambar wajah perpaduan kaum

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rumah Terbuka Aidilfitri Kelantan menggambarkan wajah perpaduan kaum yang diterajui kerajaan negeri di bawah PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN).

- Advertisement -

Majlis Aidilfitri itu turut diraikan pelbagai kaum termasuk India, Cina, Siam, Thai dan Sikh yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato Md Anizam Ab Rahman berkata, sambutan Aidilfitri kali ini cukup meriah dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum.

“Alhamdulillah ia cukup istimewa kerana memenuhi konsep perpaduan,” ujarnya ketika ditemui di rumah terbuka PAS Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Sememtara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Mumtaz Md Nawi, mengingatkan orang ramai supaya memperbanyakkan meminum air putih di musim panas sekarang.

Katanya, cuaca panas agak luar biasa sekarang memerlukan tindakan sedemikian, di samping mengelakkan diri daripada terdedah di tengah panas.

“Esok saya jemput hadir pada majlis Aidilfitri DUN Demit yang diadakan di Binjai,” ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof, pula mengingatkan umat Islam supaya tidak lupa kepada mereka yang terkena musibah dalam keghairahan menyambut Aidilfitri.

Menurutnya, walaupun bergembira menyambut Aidilfitri, mereka yang diuji dengan musibah seperti kemalangan, kematian, kebakaran dan mangsa banjir jangan dilupakan.

“Marilah kita sama-sama kita memdaftar sebagai ahli Khidmat Malaysia untuk membantu masyarakat yang diuji pelbagai musibah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/4/2023

- Advertisement -