PN Pulau Pinang sedia tewaskan DAP

- Advertisement -

PERTEMUAN tidak rasmi antara saya dan Pengerusi BERSATU Negeri bermula dengan topik jemputan beliau ke kenduri kahwin anak beliau minggu hadapan.

Kami berbincang banyak perkara terutamanya mengenai persediaan bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

Insya-Allah PERIKATAN NASIONAL Pulau Pinang berazam untuk merampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada DAP atau PH yang terang lagi bersuluh bersikap diktator dalam banyak perkara merampas hak rakyat untuk kepentingan mereka dan kroni mereka.

Projek-projek gajah putih mega adalah langkah rakus mereka dengan penuh beragenda menjarah tanpa belas kasihan kepada rakyat jelata.

Terbaru Ketua Menteri mengumumkan akan menambak pulau tidak lama lagi. Apa mereka peduli kepada nasib nelayan dan rakyat terhadap bekalan ikan segar berbanding agenda besar itu.

Banyak lagi isu-isu negeri ini yang sangat membimbangkan jika mereka terus berkuasa. Nasib rakyat terus diperjudikan demi agenda besar mereka. 

Bagi ahli politik, sudah tentu dapat membaca segala tipu daya, helah dan manipulasi mereka melalui pelbagai projek yang akan dibangunkan bahkan ada yang sudah menjadi tragedi yang merugikan kerajaan dan rakyat Negeri Pulau Pinang.

Kroni diutamakan,
Rakyat jadi taruhan,
Menyalak itu pembangunan,
Pemukiman ikan bakal dilenyapkan.

Ayuh! Selamatkan Pulau Pinang.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS 
Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 27/4/2023

- Advertisement -
- Advertisement -