Politik angkuh dan desperado Agus

- Advertisement -

MENJADI tunggangan tidaklah susah. Cukup menggantikan tuan yang memelihara dengan memijak bumi milik orang dan menghinanya. Lalu apabila dihentam ramai mulai menukar rentak seolah mangsa, play victim.

Agus bukanlah watak tersohor cuma menggunakan wang upahan J-KOM dan melacurkan kelayakan akademik yang diperoleh bertahun dengan mengubah diri menjadi desperado

Tiada istimewanya insan ini melainkan try hard menampakkan diri agar tidak dikatakan makan gaji buta oleh rakan-rakan gabungan PH-BN yang mempertikai beliau yang berdarah PH mengetuai saraf politik kerajaan.

Isu-isu murahan yang dimainkan Agus nampaknya makan diri. Negeri-negeri di bawah PH dan BN juga berdepan krisis air terutama musim kemarau dan isu sampah saat keramaian perayaan. 

Jika beliau ikhlas menyuarakan kebenaran lantaran J-KOM adalah lantikan sebagai penjawat awam sebagaimana beliau suarakan, apa salahnya beliau juga perjuangkan masalah air Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

Tidak lama setelah dihentam ekoran keangkuhan dan serangan saraf tidak menjadi malah dihambur rakyat Kelantan, beliau menukar mood dengan menulis kekecewaan terhadap PAS dengan mengungkit lahirnya beliau dalam PAS dengan 1,001 bebelan yang mengharukan.

Pesan saya pada Agus, bekerja dengan betul kerana J-KOM selaku agensi awam dibayar gaji sama seperti penjawat awam yang lain, yang berintegriti menggunakan sebahagiannya cukai rakyat termasuk kami di Kelantan.

Janganlah kerana mahu menampakkan fungsi jabatan, sanggup menggadai prinsip akademik yang pada saya sedikit pandai daripada Timbalannya yang sepenuhnya berotak PAN.

Tidak perlu pukul orang, bila dilawan balik berlakon seolah mangsa. Mulut kembali busuk selepas Ramadan. Namun belum buka mulut pun rakyat Kelantan sudah kenal siapa Agus dan J-KOM, apa lagi anak muda.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS 
Negeri Kelantan
5 Syawal 1444 / 26 April 2023 – HARAKAHDAILY 26/4/2023

- Advertisement -
- Advertisement -