Edar juadah sahur tanam semangat kongsi rezeki

- Advertisement -

LAHAD DATU: Edaran juadah sahur semasa Singgah Sahur adalah usaha menanam semangat berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat di Sabah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Lahad Datu, Landari Labobo berkata, program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Cawangan Aman Jaya itu merupakan aktiviti tahunan dalam Semarak Kasih Ramadan (SKR).  

- Advertisement -

“Ada beberapa program yang kami rancang selain edaran sahur ini, antaranya edaran berbuka puasa, sumbangan al-Quran serta kelengkapan solat untuk asnaf dan berbuka puasa bersama asnaf.

“Ini antara usaha kami untuk menyantuni golongan asnaf sekaligus meringankan beban mereka sebelum menjelang Syawal,” ujarnya yang juga Ketua LKK PAS cawangan kepada HarakahDaily

Menurut beliau, sebanyak 100 bungkus nasi berlauk telah diedarkan kepada orang awam di Hospital Lahad Datu, penjawat awam bahagian keselamatan, pekerja serta pengawal keselamatan stesen minyak sekitar Lahad Datu. 

Bagi masyarakat yang ingin menyumbang, boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Silam, 110892014454 dengan rujukan SKRLD2023 atau hubungi Landari 011-25387585. – HARAKAHDAILY 3/4/2023

- Advertisement -