Bantu petani: Kenapa Syed Mokhtar, tidak taikun lain?

Ustaz Jamaludin Yahya
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menjelaskan kenapa hanya Tan Sri Syed Mokhtar sahaja yang diminta bertanggungjawab untuk membantu petani-petani dan tidak kepada taikun-taikun yang lain sepatutnya layak membantu rakyat.

- Advertisement -

Perkara itu ditanyakan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Ustaz Jamaludin Yahya kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan soalan mereka pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini sebagaimana di bawah.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pendidikan menyatakan kekurangan guru-guru sekolah bagi pendidikan subjek teras dan apakah perancangan Kementerian bagi jumlah pengambilan guru-guru baharu masih dilihat tidak mencukupi bagi menampung jumlah murid yang semakin ramai akibat kepadatan penduduk di sesuatu kawasan.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah komitmen dan perancangan pelan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang Kementerian terhadap Projek Ekotourism Paya Lebar, daerah Alor Gajah.

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan usaha Kementerian untuk mengembangkan aktiviti penternakan lembu bersaiz besar (lembu sado) dalam kalangan usahawan muda dan usahawan desa yang sangat berpotensi untuk dimajukan khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu.

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai bagi projek menukar pengeluaran getah daripada gred ‘cuplump’ (SMR 20) kepada jenis lateks pekat yang dipelopori oleh Lembaga Getah Malaysia. Projek ini bermatlamat bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil/penoreh getah dan mengurangkan kuantiti mengimport lateks dari negara luar seperti Vietnam dan sebagainya.

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) status pembangunan Lebuh Raya Pantai Barat WCE; dan

(b) adakah kajian kesan trafik dan perancangan naik taraf jalan penghubung ke bandar-bandar berdekatan telah dipertimbangkan.

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Kewangan menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan berkenaan pengeluaran lanjut simpanan KWSP. Sekiranya Kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran simpanan, apakah bentuk bantuan yang akan ditawarkan kepada rakyat bagi meringankan bebanan mereka.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah nisbah pekerja asing dan pekerja tempatan pada masa kini dan apakah langkah-langkah strategik yang akan diambil bagi memastikan kerja-kerja di ladang dalam negara kita dipenuhi dengan pekerja-pekerja tempatan sebagai satu langkah mengurangkan kadar pengangguran di kalangan rakyat dalam negara kita.

Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:

 (a) bilakah Dasar Pendidikan Digital yang telah dimuktamadkan oleh KPM pada tahun 2022 akan mula dilaksanakan; dan

 (b) status pelaksanaan jaringan internet berkelajuan tinggi di sekolah-sekolah seluruh negara yang telah dirangka dibawah inisiatif KPM.Net.

Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan peruntukan oleh Kerajaan bagi meningkatkan fasiliti tempat tumpuan pelancong di kawasan pantai di seluruh negara amnya dan di Kuantan khasnya.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75% akan memberi tekanan berterusan kepada kadar inflasi keseluruhannya berikutan tekanan permintaan dan kos yang masih berlarutan.

Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan kenapa hanya Tan Sri Syed Mokhtar sahaja yang diminta bertanggungjawab untuk membantu petani-petani dan tidak kepada taikun-taikun yang lain sepatutnya layak membantu rakyat.

Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah bantuan musim menuai sebanyak RM600 akan dinaikkan memandangkan kos input padi dengan hasil pesawah tidak seimbang.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan usaha Kerajaan selain dasar monetari BNM dengan menaikkan OPR dalam mengekang kenaikan inflasi dan meningkatkan pendapatan isu rumah dari semasa ke semasa.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pendidikan menyatakan pendirian Kerajaan sekarang terhadap desakan UEC (Unified Examination Certificate) yang amat bercanggah dengan sistem pendidikan kebangsaan.

Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan perancangan bagi memperluas model Tahfiz Ulul Albab bagi menambah bilangan pelajar yang hafiz Al-Quran di sekolah di bawah Kementerian.

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan pendekatan pembangunan sumber manusia oleh Kementerian khususnya dalam menempatkan jurutera atau penolong jurutera di setiap penempatan susulan semakin tinggi kes penyalahgunaan kuasa di kalangan penjawat awam ini.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian untuk menambahkan sumber kewangan negara bagi berhadapan dengan kemelut ekonomi pada tahun ini.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha terkini Kementerian Pendidikan Malaysia menaik taraf sekolah komprehensif K9 S. K. Binjai Jaya, Sungai Besar ke Sekolah Komprehensif K 11 iaitu pelajar belajar dari Darjah Satu hingga Tingkatan Lima di Sekolah yang sama atas sebab-sebab tertentu.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah-langkah signifikan yang dilakukan Kerajaan bagi menjamin ketahanan ekonomi dan tingkatkan kadar pendapatan isi rumah disebabkan jangkaan kenaikan OPR dari semasa ke semasa.

Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah langkah pemulihan yang direncana Kerajaan dalam merancakkan sektor komoditi, terutama getah dan kelapa sawit dalam mendepani cabaran ekonomi 2023.

Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk menghadapi serta memastikan bekalan telur ayam sentiasa mencukupi terutamanya di musim perayaan.

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perkembangan terhadap langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan:

(a) sasaran penjanaan pendapatan dan bilangan pelancong asing ke negara kita bagi tahun 2023; dan               

(b) pelan jangka pendek dan sederhana Kementerian bagi menarik pelancong domestik dan asing ke negara.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk memindahkan urus tadbir umrah ke Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) kerana dengan langkah ini pengurusan para jemaah umrah akan lebih teratur dan sistematik.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pendidikan menyatakan bilangan waktu mengajar untuk guru besar, pengetua, guru besar cemerlang, pengetua cemerlang, guru penolong kanan dan penyelia petang. Siapakah yang memantau mereka di sekolah sekiranya mereka tidak masuk kelas. Malah mengeluarkan arahan guru lain ‘relief class’ mereka.

Waktu Pertanyaan Menteri

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah bagi memastikan isu kesihatan mental dapat dibendung dalam kalangan anggota polis terutama yang memegang senjata api bagi memastikan anggota dapat menjalankan tugas dengan mental yang stabil. – HARAKAHDAILY 30/3/2023

- Advertisement -