Naik taraf Darul Quran JAKIM kepada Universiti Al-Quran

Husain2
Dato' Husain Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan sejauh manakah komitmen kerajaan untuk menaik taraf institusi Darul Quran milik JAKIM kepada Universiti Al-Quran (UAQ) seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini.

- Advertisement -

Senator Dato’ Husain Awang mengemukakan soalan itu pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Berikut ialah soalan-soalan daripada wakil PAS, Bersatu dan Gerakan yang disenaraikan pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk membuka semula permohonan biasiswa MyBrain kepada calon-calon daripada pelbagai bidang yang tidak tertakluk kepada syarat sekarang iaitu sains tulen sahaja.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sehubungan dengan peluang pekerjaan yang mempunyai gaji dan kelebihan yang lebih tinggi di negara asing, apakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan bagi menangani isu berterusan seperti pengunduran golongan pekerja mahir (brain drain) khususnya di dalam sektor yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja seperti kesihatan.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kementerian untuk menaik taraf lokasi tarikan alam semula jadi yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan tempatan sama ada bandar raya, bandar dan daerah.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah pendirian terkini Kerajaan dalam menaikkan kadar gaji minimum daripada jumlah yang sedia ada.

Tuan Ak Nan A/L Ehtook minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berapakah bilangan usahawan masyarakat Siam yang mengemukakan permohonan mengikut perkhidmatan/bantuan yang disediakan oleh Kementerian dan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan minat usahawan masyarakat Siam ini untuk memohon perkhidmatan/bantuan lain yang disediakan.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap kepincangan penggunaan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang mengakibatkan murid tidak minat.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah dasar ekonomi baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan selepas Dasar Kemakmuran Wawasan Bersama 2030 dimansuhkan.

Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji pemberian subsidi berasaskan hasil (output) dalam usaha mempertingkatkan pengeluaran padi negara di samping terus menjaga kepentingan dan kebajikan para pesawah.

Datuk John Ambrose minta Perdana Menteri menyatakan apakah hasil keputusan bedah siasat (post mortem) oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkaitan isu banjir besar yang melanda negara sepanjang tahun 2022.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah jaminan Kerajaan agar tidak berlaku impak terhadap pengguna di atas surcaj tenaga elektrik yang tinggi kepada loji-loji rawatan air akibat daripada pelaksanaan mekanisma Pelepasan Kos-kos Tidak Seimbang “Imbalance Cost Past-Through” (ICPT).

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk menawarkan jawatan berstatus pegawai perubatan tetap kepada graduan bidang perubatan yang masih berstatus kontrak.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Pendidikan menyatakan mengapakah tiada seorang pun wakil daripada masyarakat India (Tamil) dalam mewakili pendapat, pandangan, keperluan dan permintaan pendidikan dan sekolah Tamil dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi sesi 2023-2025.

Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan selain daripada model Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dipelajari dari negara Jerman, apakah model-model lain yang dapat meningkatkan lagi penglibatan anak muda dalam sektor TVET dan latihan dalam industri.

Tuan Ak Nan A/L Ehtook minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah kemajuan ke atas tindakan yang diambil bagi membantu Kerajaan Negeri Kelantan dan Kedah untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan apakah sasaran pencapaian yang ditetapkan bagi kedua-dua negeri ini.

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah kaedah yang akan diguna pakai demi memastikan keterjaminan makanan negara.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pandangan mengenai kewujudan pangkalan tentera China di Kepulauan Spratly serta implikasi dan risikonya kepada keselamatan serta ekonomi Sabah dan Sarawak.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk perumahan bagi golongan belia dan pertama kali.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah komitmen Kerajaan untuk menaik taraf institusi Darul Quran milik JAKIM kepada Universiti Al-Quran (UAQ) seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini.

- Advertisement -