KUSKOP wajar fokus program berimpak tinggi

Rushdan Rusmi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) wajar memberi fokus kepada program berimpak tinggi di samping meneruskan program asas pembentukan usahawan.

- Advertisement -

Dato’ Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) berkata, ia perlu perlu ditambah baik dengan memberi fokus kepada kemandirian sesebuah keluarga dari B40 kepada M40.

“Melahirkan seorang usahawan mukmin dalam melaksanakan jihad bisnes ini lebih baik berbanding dari menjadikan lebih ramai usahawan kapitalis.

“Selain dari berkongsi kekayaan dalam bentuk zakat, cukai, sedekah dan wakaf , saya juga mencadangkan untuk mewujudkan program perantisan yang lebih mampan dan berdaya saing bagi mendepani isu cabaran masa depan,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa bagi KUSKOP pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mencadangkan agar peruntukan tersebut lebih bersifat gunasama antara kementerian dan mendasari perkara pokok.

“Malaysia masih terkebelakang dari kelompok usahawan muda berpendapatan tinggi, inilah masanya memupuk ciri usahawan sejak kecil lagi.

“Mungkin pihak kementerian boleh mewujudkan model celik usahawan atau rakan usahawan di sekolah contohnya sebagaimana sebelum ini pada tahun 90-an kita dapat lihat seperti di Selatan Thailand yang mempunyai bidang perniagaan sejak sekolah rendah,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/3/2023

- Advertisement -