Konflik parti kerajaan gugat pentadbiran Anwar

Dato' Mohd Amar Abdullah
- Advertisement -

KOTA BHARU: Tiada sebarang cubaan yang akan dicetuskan pembangkang termasuk PERIKATAN NASIONAL untuk menggoyahkan atau menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ada sekarang.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, apa yang berlaku mungkin timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli Parlimen gabungan kerajaan itu terhadap kepimpinan Anwar.

Katanya, situasi itu menyebabkan muncul suasana tidak kondusif dalam kerajaan campuran itu sendiri.

“Apa yang kita dengar ada rasa tidak begitu selesa dan ada tidak puas hati dalam kalangan ahli dia sendiri dan paling ketara ada kenyataan DAP, dari wakil rakyat GPS (Gabungan Parti Sarawak) dalam Parlimen, antara tanda-tanda ketidakpuasan.

“DAP ni kita kenal, sebab kita pernah berkawan dengan mereka dahulu, dia tak pandai nak hormat orang lain,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di MABNA di sini semalam.

Mohd Amar berkata, apa yang berlaku sekarang sebahagian daripada masalah dalaman kerajaan dan bukannya ada pihak lain akan khianat untuk menjatuhkannya. – HARAKAHDAILY 9/3/2023

- Advertisement -