Menteri PH-BN ‘berputar-putar’ nak jawab soalan MP PN

- Advertisement -

SEMALAM kita menyaksikan prestasi tidak baik yang telah ditampilkan oleh dua menteri kerajaan PH-BN.

Pertama, Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi terpusing-pusing untuk menjawab soalan dan pencelahan yang dibangkit oleh Syahir Sulaiman, MP Bachok.

Pencelahannya mudah iaitu Rafizi mengatakan kerajaan negeri pembangkang menerima peruntukan terbesar daripada Belanjawan.

Namun hakikatnya adalah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menerima peruntukan yang jika digabungkan keempat negeri ini lebih rendah daripada peruntukan kepada Sabah dan Sarawak.

Rafizi tidak dapat menjelaskan perkara ini dan berpusing pada sudut yang sama. Begitulah kualiti Menteri PH-BN, dalam Parlimen pun boleh membongak lagi.

Kedua, Saifuddin Nasution selaku Menteri Dalam Negeri tergamam dan tidak mampu menoktahkan jawapan tuntas apabila disoal oleh Takiyuddin Hassan, MP Kota Bharu. 

Dua soalan Kota Bharu yang juga mudah untuk dijawab, satu, apakah surat RoS yang mengatakan usul tambahan Umno tidak sah itu benar? 

Kedua, apakah asas yang digunakan oleh menteri untuk memberikan pengecualian kepada Umno dan apakah ia akan menjadi kes pengikat kepada parti atau pertubuhan lain. 

Ya, Saifuddin juga terpusing-pusing dan tidak boleh menjawab dua soalan ini dan hanya meminta jika ada pihak tak puas hati boleh bawa kepada mahkamah. 

Rafizi dan Saifuddin, keduanya duk lawan nak jadi orang nombor 2 Anwar dalam PKR hari itu. Seorang menang jadi Timbalan Presiden dan seorang lagi dilantik Setiausaha Agung. 

Tapi jika inilah kualiti dalam Parlimen, menggambarkan inilah kualiti pasukan Anwar dalam kerajaan dan parti. Sungguh sadis dan menyedihkan. Kasihan rakyat.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 9/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -