Unjuran defisit fiskal negara tidak relevan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Unjuran defisit fiskal negara yang disasarkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak lima peratus pada tahun ini seperti tidak relevan dan hampir mustahil.

- Advertisement -

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pendapatan negara yang digariskan sebanyak RM291.5 bilion sedangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini hanya dijangka tumbuh 4.5 peratus, berlaku pengurangan 8.7 peratus yang telah diumumkan baru-baru ini.

“Jadi kalau itulah yang berlaku dalam konteks ekonomi Malaysia, sasaran pengurangan defisit fiskal kepada lima peratus ini saya rasa susah untuk kita capai kecuali setiap tiga bulan yang kerajaan akan umumkan itu konsisten lebih kurang 4.5 peratus pada tahun ini.

“Mungkin dalam keadaan ekonomi yang seperti sekarang ini masih lagi agak besar, tapi sekiranya sasaran untuk tiga tahun akan datang ia boleh dicapai,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ujar beliau, jangkaan defisit itu sukar dicapai sekiranya sumber pendapatan negara masih lagi bergantung kepada sektor komoditi melalui Petronas.

Justeru, beliau mencadangkan supaya kerajaan bertindak untuk mencari pertumbuhan ekonomi melalui sumber yang baharu agar dapat mencapai sasaran tersebut.

Datuk Awang Hashim [PN-Pendang] turut senada dengan pandangan Ahli Parlimen Larut, yang beranggapan ia suatu sasaran yang retorik semata-mata sekiranya tiada perancangan khusus daripada kerajaan untuk meningkatkan sumber pendapatan negara.

“Adakah Yang Amat Berhormat Tambun mempunyai perancangan yang komprehensif untuk mencapai lima peratus bagi mendapat sumber baru negara.

“Kalau ada perancangan yang ini dengan sektor-sektor yang telah digemblengkan supaya mendapat hasil baharu negara, saya bersetujulah kalau lima peratus.

“Tapi kalau dalam tempoh tujuh bulan dari sekarang, unjuran defisit lima peratus untuk dicapai adalah suatu yang ajaib,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, beliau meminta penjelasan Menteri Kewangan berhubung perancangan untuk mendapatkan hasil-hasil baru dengan tidak bergantung kepada sumber pendapatan tradisi seperti Petronas. – HARAKAHDAILY 27/2/23

- Advertisement -