Whiter than white

- Advertisement -

“SAYA mohon Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tidak melantik Ahli-ahli Parlimen yang ada kes mahkamah dalam pertuduhan rasuah dan pecah amanah menjadi menteri dalam Kerajaan Perpaduan.” – Ahli Parlimen Pasir Gudang, PKR.

“Yang terbaik dan paling ideal, saya fikir tidak letakkan mereka (yang ada kes mahkamah) dalam Kabinet supaya tidak timbul isu kelak.

“Kita boleh katakan kes masih berjalan di mahkamah dan sebagainya, tetapi bagi saya seelok-eloknya kena ‘whiter than white’ bila memegang amanah.” – Ahli Parlimen Setiawangsa, PKR.

https://www.malaysiakini.com/news/645928

PKR memang benci rasuah. Itulah yang mereka laungkan setiap kali pilihan raya. Tapi Anwar menconteng arang di muka seluruh ahli PKR bila melantik Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sudahlah rakyat kena tipu, ahli sendiri pun dapat malu bila Presiden sendiri gadaikan prinsip parti.

Maka agenda madani diperkenalkan untuk memperelokkan tindakan melanggar prinsip sendiri. Kata Anwar, 

“Saya hanya boleh beri jaminan ia tidak ganggu prinsip dan dasar termasuk madani yang saya terapkan.”

- Advertisement -

Umno pula tidak perlu risau. Kata Ketua Pemuda Umno,

“PH menukar Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudiannya menggantikan dengan individu yang cenderung kepada mereka.”

“Selepas dilantik, mereka gugurkan semua kes terhadap pemimpin PH termasuk kes yang sudah dibicarakan di mahkamah seperti kes rasuah banglo Guan Eng dan kes Rafizi yang sudah masuk kes pembelaan.”

Dengan apa yang didakwa Asyraf Wajdi, Umno boleh mengharapkan PH untuk ‘menjaga’ Zahid. 

Asyraf juga pernah ‘kagum’ apabila PH lantik Lim Guan Eng yang ketika itu dibicarakan kerana rasuah dilantik jadi Menteri Kewangan.

“Yang paling mengagumkan, individu yang masih dibicarakan kerana rasuah turut dilantik sebagai Menteri Kewangan untuk mengendalikan duit kita. Pada masa itu, mana suara korang? Korang ni Majlis Peguam atau Majlis Penasihat PH?”

Beliau mesti terlebih kagum sekarang apabila Presiden sendiri dilantik bukan sahaja sebagai Menteri, dapat jadi Timbalan Perdana Menteri lagi. Dua jawatan sekali gus.

“PH lakukan pendakwaan terpilih bermotif politik terhadap saya dan lebih 20 pemimpin Umno” – Zahid Hamidi, 29 Ogos 2022.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ph-lakukan-pendakwaan-terpilih-terhadap-saya-lebih-20-pemimpin-bn-ahmad-zahid-378431

Maka hari ini PH kesal dan menebus salah mereka dengan mengutip Umno yang terbuang.

NAZRUL NAZIR
Timbalan Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 24/2/2023

- Advertisement -