Tiada GST, subsidi golongan kaya dikurangkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cukai barang dan perkhidmatan (GST), serta cukai kepenggunaan berasas luas yang lain tidak akan dilaksanakan di Malaysia  buat masa ini.

- Advertisement -

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah lain akan dilaksanakan kerajaan dalam usaha mengurangkan perbelanjaan dan menyelesaikan liabiliti dan hutang kerajaan yang kini mencecah RM1.5 trilion – yang bersamaan 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Taiping)  dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini, berkenaan persoalan adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menangani beban hutang yang dihadapi negara.

Beliau berkata, apa yang akan diperketatkan adalah pengurangan subsidi bagi golongan kaya seperti dilakukan dalam isu berkaitan subsidi elektrik.

“Walaupun ada keputusan kerajaan sebelum ini untuk menaikkan tarif elektrik, kerajaan sekarang sudah membatalkan rancangan itu dan mengenakannya hanya kepada T20, syarikat multinasional dan syarikat besar, melainkan syarikat yang terbabit dalam keselamatan makanan,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/2/2023

- Advertisement -