Saya ‘hadiah balik’ kepada mereka satu negeri – Shahidan

Dato' Seri Shahidan Kassim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbahasan Titah Diraja oleh Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat pada sebelah petang menarik perhatian anggota dewan.

- Advertisement -

Ini kerana beliau yang bertanding mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Arau setelah tidak dipilih semula oleh Umno sebagai calon Barisan Nasional.

“Okey, ini saya nak cakap pasal Perlis sikit, pasal negeri saya, sebab apa. Saya telah menang (PRU15) baru-baru ini.

“Saya telah dipecat dengan teruknya daripada parti asal saya (Umno), tapi syukur alhamdulillah PN menerima saya.

“Dan saya ‘hadiah balik’ kepada mereka satu negeri,” katanya yang disambut gelak ketawa oleh ahli-ahli dewan.

Pada PRU15 lalu, PN berjaya memenangi ketiga-tiga kerusi Parlimen termasuk Kangar dan Padang Besar.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, PN memenangi 14 daripada 15 kerusi.

Susulan itu, Pengerusi PN negeri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli dipilih sebagai Menteri Besar. – HARAKAHDAILY 14/2/2023

- Advertisement -