Kerajaan PH berdepan masalah fiqh dominasi

- Advertisement -

GOMBAK: Kerajaan campuran yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dianggap berdepan masalah fiqh dominasi apabila majoriti ahli parlimen kerajaan adalah dalam kalangan bukan Islam.

- Advertisement -

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan fiqh dominasi, sepatutnya yang memimpin kerajaan adalah parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak dan menggambarkan majoriti rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja Fiqh Al Nasri Wa Al Tamkin (Antara dominasi dan perkongsian kuasa) pada Liqa’ Fikri PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini, hari ini.

“Sepatutnya kerajaan campuran yang ditubuhkan dipimpin oleh PERIKATAN NASIONAL (PN) yang memimpin, bukan PH. Ini kerana PN didominasi oleh orang Islam apabila 74 kerusi yang dimiliki PN, hanya dua kerusi milik bukan Islam dan bumiputera.

“Berbeza dengan PH apabila 51 kerusi daripada 82 kerusinya adalah milik bukan Islam dan hanya 31 kerusi milik orang Islam.

“Jadi, bagaimana ahli parlimen orang Islam hendak memimpin kerajaan jika sebahagian besar daripada mereka adalah bukan Islam?” katanya. – HARAKAHDAILY 11/2/2023

- Advertisement -