Kenapa KPKT nak sangat bawa masuk pakar HDB SG?

- Advertisement -

SEJAK saya berada dalam Kerajaan Pakatan Rakyat dulu lagi 2008 iaitu Kerajaan DAP Pulau Pinang setiap tahun DAP menghadap PAP Kerajaan Singapura untuk dapat nasihat membawa perancangan Devide & Rule, selepas PRU13 habis semua Kampung Melayu di Pulau Pinang ranap dan dibina kondominium.

- Advertisement -

Apa jadi dengan anak Qariyah? Orang Melayu terus hilang disebabkan kampung halaman sudah ranap dan orang Islam hanya mampu tengok Kondo yang tak mampu dibeli RM400,000 ke atas. 

Di mana ada kampung Melayu di situlah pemaju masuk. HDB telah lama menjadi penasihat pembangunan di Batu Kawan SPS.

Salah satu sebab saya dipecat sebagai Ahli Majlis MPPP 26 September 2014 adalah kerana saya menyuarakan bantahan kebimbangan nasib kampung warisan makin ranap sebaik DAP mendapat kuasa selepas PRU13, saya sebutkan dalam ucapan saya di Muktamar PAS di Batu Pahat Johor 2014.

Kini Menteri DAP KPKT secara terang dan terancang menjemput HDB SG masuk. Apa akan jadi dengan tanah rizab Melayu di Tanah Melayu?

Kalau ini terus berlaku dalam 10-20 tahun Kampung Warisan Melayu pinggir bandar akan jadi seperti di Gelang Serai dan Pulau Pinang khususnya di Bandar bandar Utama. 

Di Penang sebelah pulau, SPS dan SPT sudah ranap. Majoriti orang Melayu sudah lari dan kini jadi minoriti

Sasaran agenda DAP nak bina terowong atau Jambatan ke-3 sekarang adalah dengan menghala dari Georgetown terus ke SPU Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor untuk diranapkan. Kini SPU dan SPT dikuasai PN agak tergugatlah DAP.

Ambillah iktibar di Singapura dan Pulau Pinang, sedarlah wahai anak muda. Penyelamatnya adalah gelombang Tsunami Hijau dalam PRN15 kali ini perlu dijadikan realiti. 

Gelombang Hijau harus tumbangkan Kerajaan PH DAP Pulau Pinang. Bacalah risalah di bawah ini.

ISZUREE IBRAHIM – HARAKAHDAILY 20/1/2023

- Advertisement -