PH-BN mahu tubuh JPKKP di negeri PAS-PN

- Advertisement -

SELEPAS bantuan banjir disalurkan melalui JPP di negeri pembangkang. 

- Advertisement -

Kerajaan PH-BN meneruskan pelanggaran demokrasi dengan hasrat menubuhkan JPKKP di negeri tidak sealiran dengan Kerajaan PH-BN. 

Sedangkan sudah ada JPKK di setiap negeri. Ada budak-budak PH buat tanya, kenapa tak boleh ke? 

Penyaluran JPP dan penubuhan kembali JPKKP ini menggambarkan Kerajaan PH-BN tidak menghormati pilihan rakyat di negeri-negeri.

Mereka menubuhkan kerajaan lain di negeri-negeri pembangkang. Jahat puak-puak ini.

Aku tahu, satu saja matlamat mereka, nak menekan dan menghukum rakyat di negeri pembangkang kerana memilih PAS-PN. 

Soalnya, inilah taktik yang digunakan pada Kelantan sejak 30 tahun. Berjayakah dijatuhkan Kelantan? Lagi ditekan, lagi kami pertahan. 

Busuk hati sungguh PH, sanggup bersubahat dengan BN mendera rakyat di negeri pembangkang. Jijik dan hina.

Walhal pemimpin PH hari inilah dulunya duk di hadapan lawan penubuhan JPP dan JPKKP. 

Sungguh celaka kalian, menikam demokrasi dan mendera rakyat Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. 

Begitulah nasib, rakyat di negeri-negeri majoriti Melayu-Islam, dianiayai dan diperkotak-katikkan hingga ke kampung. 

Duhai pembesar-pembesar negara, janganlah jadi celaka.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 16/1/2023

- Advertisement -