RM100 juta bantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu

- Advertisement -

PASIR MAS: Bantuan segera banjir RM100 juta diperuntukan kepada Kelantan dan Terengganu untuk membantu meringankan bebanan mangsa yang terjejas banjir.

- Advertisement -

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan meluluskan bantuan tersebut setelah mengadakan perbincangan bersama jemaah menteri di mana setiap negeri yang terlibat akan diperuntukan sebanyak RM50 juta.

“Memandangkan keadaan banjir berlaku lebih daripada kebiasaan, kami bersetuju meluluskan peruntukan tersebut untuk Kelantan dan Terengganu bagi keperluan segera demi kebajikan rakyat.

“Kita memberi keutamaan kepada rakyat dan mangsa banjir untuk kurangkan bebanan mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Tengku Panglima Raja, di sini, petang semalam. (Foto atas)

Antara lain kata beliau bantuan awal juga akan diberikan kepada mangsa banjir sebanyak RM1,000 untuk satu keluarga dan bantuan kematian RM10,000 bagi setiap individu. – HARAKAHDAILY 22/12/2022

- Advertisement -