Projek tebatan banjir di Kelantan diterus

Anwar, Ahmad dan Ahmad Fadhli pada taklimat berkaitan banjir, semalam.
- Advertisement -

PASIR MAS: Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mempercepatkan projek tebatan banjir bagi fasa seterusnya yang mampu mengurangkan bencana banjir.

- Advertisement -

Katanya, projek berkenaan akan dibuat secara rundingan terhad dengan pihak terlibat dalam masa yang sama memastikan tiada kos berlebihan berlaku.

“Saya beri jaminan akan menyegera untuk meluluskan peruntukan bagi mempercepatkan projek tebatan banjir bagi fasa pertama dan kedua.

“Dalam masa yang sama kita juga ingin memastikan bahawa tidak ada kos berlebihan berlaku tanpa kawalan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan selepas selesai mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Tengku Panglima Raja, di sini petang semalam.

Oleh itu katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu menyegerakan untuk menghantar laporan berhubung projek terbabit kepada Kementerian Kewangan.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Zaini Husin.

Sebelum ini Anwar pada kenyataan menghentikan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion yang melibatkan kelulusan secara runding terus.

Bagaimanapun bekas Menteri Alam Sekitar dan Air Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan projek tersebut belum lagi dilaksanakan hanya peringkat perancangan kerajaan. – HARAKAHDAILY 22/12/2022

- Advertisement -