Misi memenangi kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang

- Advertisement -

KERISAUAN Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap gelombang hijau itu ada betulnya. Malah bukan enam atau tujuh kerusi akan hilang akan tetapi mungkin boleh mencecah 13 kerusi DUN. 

- Advertisement -

Ini kerana di Pulau Pinang terdapat 13 kerusi DUN yang mempunyai majoriti Melayu sekitar 65 peratus. 

Mengambil kira Padang Serai dengan 64 peratus undi Melayu mencatat kemenangan besar sehingga majoriti 16,000 undi. Maka, secara kasarnya PN boleh menyambar sehingga 13 kerusi DUN di Pulau Pinang. 

Termasuklah kerusi Seberang Jaya yang mempunyai 67 peratus undi Melayu. Apatah lagi ADUN semasa adalah Dr Afif Baharuddin dari PN yang memenangi kerusi tersebut atas tiket PKR dalam PRU14 lalu.

Pastinya PKR juga mahu merampas kembali kerusi Seberang Jaya ini. Ibarat mengembalikan maruah PKR di Pulau Pinang. Kerana, perlu diketahui DUN Seberang Jaya ini juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh. Tempat di mana tewasnya Puteri Reformasi. 

Sekiranya Puteri Reformasi boleh tumbang, apatah lagi anak kecil lain yang mahu bertanding di sana. Pengaruh YB Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang akrab dengan rakyat melalui ceramah-ceramah agama di masjid secara tak langsung memberikan kelebihan.

Isu pengurusan masjid yang hangat di Pulau Pinang jika tidak diuruskan dengan cara yang baik. Pastinya akan memakan diri PKR itu sendiri. PN perlu memenangi 13 kerusi ini dalam PRN nanti untuk merobek pengaruh kekuasaan PH dan mengembangkan gelombang PN di semua negeri Utara Malaysia.

Perlis, Kedah, Separuh Perak dan Sebahagian Pulau Pinang menjadi penyambung kepada Jajaran Hijau sebelum ini. Apatah lagi, Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang amat sentimental kepada PAS. Kerana di sinilah PAS diberanakkan secara rasmi. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 13/12/2022

- Advertisement -