Betul ke peruntukan pembangkang dinafikan zaman PN?

- Advertisement -

DAH seminggu nampak naratif ni tular dan dimainkan oleh macai maya pro kerajaan. Soalnya betul ke? Jom kita selusur balik semua fakta.

- Advertisement -
  1. Peruntukan untuk pusat khidmat dihentikan?

Depa kata semasa TS Muhyiddin naik tahun 2020, peruntukan untuk Pusat Khidmat disekat dan depa tak boleh bayar gaji staf Pusat Khidmat. Tapi sebenarnya, peruntukan untuk Pusat Khidmat memang tak diberi untuk Ahli Parlimen Pembangkang (rujuk gambar 2). Dan ini diluluskan di zaman PH perintah, iaitu pada tahun 2018 (rujuk gambar 3).

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-parlimen-pembangkang-dapat-peruntukan-tapi-kuranglah-pm-177473?amp=1 

Ditakdirkan, tak lama selepas itu mereka pula jadi pembangkang. Maka mereka sendiri merasai kesan polisi yang mereka luluskan. Dah hang yang lulus lagu tu, siapa suruh? Padanlah muka.

  1. Kerajaan PN sekat Bantuan Bakul Makanan dan Bantuan Untuk COVID-19?

Ini suatu fitnah yang nyata. Hakikatnya, semua Ahli Parlimen, kerajaan mahupun pembangkang terima peruntukan khas sebanyak RM300,000 untuk bantuan bakul makanan (rujuk gambar 4). Ia adalah bantuan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin pada Jun 2021.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/147526 

Peruntukan ini turut diterima oleh semua Ahli Parlimen Pembangkang, dan ini disahkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dari DAP sendiri. (rujuk gambar 5)

Sumber: https://twitter.com/hannahyeoh/status/1412981871365955587?s=46&t=xQGh9rmhthQo7qKcw67dww 

Malah, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dari PKR, turut mengesahkan beliau menerima peruntukan khas (e-Khas) berjumlah RM100,000 pada 30 Mac 2020 (rujuk gambar 6).

Sumber: https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=14758 

  1. DAP sahkan dapat peruntukan dari kerajaan!

Walaupun macai maya sentiasa menyebut kerajaan nafikan peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang, hakikatnya laporan DAP mengatakan sebaliknya (rujuk gambar 7).

Di dalam laman web rasmi DAP, ada dilaporkan penggunaan peruntukan setiap Ahli Parlimen DAP di kawasan yang mereka berkhidmat sepanjang 2021 – 2022. Kesemua peruntukan ini adalah dari Kerajaan Persekutuan (RM500,000 untuk ‘Outright Grant’ dan RM1 juta untuk Projek Mesra Rakyat).

Sumber: https://dapmalaysia.org/peruntukan/ 

Isu peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang ini juga telah dijawab oleh Menteri Kewangan zaman Kerajaan PN dan Keluarga Malaysia, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul pada 18 November (rujuk gambar 8.)

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/11/18/ahli-parlimen-pembangkang-terima-peruntukan-rm900000/ 

Dan jika ada sebarang persoalan, bolehlah tanya beliau sendiri. Bukankah beliau kini sebahagian dari Menteri Persekutuan Kerajaan Campuran PH-BN?

Sekian, semak kesahihan sebelum sebar. Dah bagi link sekali gambar ni kalau masih percaya naratif macai maya, tak tahulah nak cakap apa.

NAZRUL NAZIR – HARAKAHDAILY 5/12/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/102389859349314/posts/pfbid0iTecVgxgEBFJecRttbmhqfQN3bAMVuht2KMCEjNB9fUr8wsmhUhhAuTUvuhnBJtml/?mibextid=97Bj0j

- Advertisement -