PAS tidak peralat agama, tapi jadikan dasar panduan rujukan

Sanggah tuduhan fitnah seleweng RM600 bilion

- Advertisement -

ROMPIN: PAS meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan dengan menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber panduan rujukan, bukannya memperalat atau mempergunakan agama secara kepentingan yang salah.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, PAS menggunakan agama sebagai panduan dalam perjuangan parti supaya berada di landasan yang betul dengan membezakan tuntutan dan larangan.

“Akibat itulah bila pemimpin kita dipilih, mereka bertanggungjawab. Sebab jawatan ni sebagai amanah Allah. Di mana soal amanah itu? Duk dalam panduan agama. Kalau agama tidak menekankan jawatan sebagai satu amanah Allah, akhirnya berlaku rasuah, penyelewengan, salah guna, berbagai-bagai kemelut.

“Kenapa rakyat pilih kita baru-baru ini? Saya fikir, pertama saya kagum dengan anak muda. Mereka kecewa dengan apa yang berlaku selama ini. Barisan kepimpinannya, mereka kecewa. Sebab apa? Sebab isu rasuah, salah guna. 

“Dan bila kita guna tagline kita untuk Bersih dan Stabil, mereka nampak bahawa kalau nak bicarakan soal bersih, kita memerintah lama Kelantan alhamdulillah. Walaupun mereka cuba rosakkan dengan pelbagai cara.

“Rafizi dalam kempen menyebut saya telah luluskan projek RM2 bilion waktu Parlimen Bubar. Dan saya file saman kepada beliau, sebab ini pembohongan. Kenapa mereka buat begitu? Nak rosakkan kredibiliti. Damage imej kita yang bersih tadi,” ujar beliau kelmarin.

Mengulas tuduhan kononnya PERIKATAN NASIONAL (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyeleweng wang negara sebanyak RM600 bilion, beliau menggesa pihak berkenaan sekiranya ada bukti untuk membuat laporan ke pihak berkuasa.

“Jangan duk tembak-tembak macam itu. Isu kita sekarang ini ialah semua itu berjalan ikut proses yang betul. Bila berlaku COVID-19, memang keperluan terdesak pada waktu itu untuk kerajaan urus. Ada kaedah-kaedah pengurusan waktu kritikal yang terpaksa kita buat.

“Kita terpaksa buat tempahan vaksin, lambat tempahan kita takkan dapat. Orang lain berebut seluruh dunia. Maka kita kena letakkan deposit untuk kita beli. Kabinet mesyuarat kita lulus okey, prosedur kewangan ikut betul, peraturan-peraturan ikut betul, kita jalan. 

“Sebab dan waktu itu semua dalam keadaan kritikal, tapi semua proses dan prosedur kewangan mesti dipatuhi. Bukan boleh redah macam itu je. Janganlah orang duk kata RM600 bilion, macam masuk poket RM600 bilion. Ya jangan persepsi (begitu).

“(Konon) kita terus membuat keputusan yang langsung tidak berpijak kepada fakta-fakta data-data yang ada,” ujarnya mengingatkan pemfitnah terbabit bahawa kehidupan manusia tidak hanya di dunia.

Jelasnya, sebagaimana sabda Nabi SAW, fitnah itu tidur dan Allah melaknat mereka yang membangunkannya di mana tuduhan fitnah adalah perkara turut pernah dialami Baginda dan isterinya, Aisyah RA serta para Sahabat RA.

“Maka oleh kerana itu kita, setiap kita nak share maklumat kita pastikan betul dulu. Jangan share baru tanya. Ni share dulu, baru tanya betul ke ni? Ya. Siasat dulu baru share. Jangan kita share dulu baru kita tanya. Ramai macam itu. 

“Kadang-kadang share dulu lepas itu baru kata, betul ke maklumat ni? Kita dah share dengan orang lain baru kita tanya. Kita kena kalau sekiranya nak dapat maklumat yang betul, kita kena pm (privated messenger) orang berkenaan saja.

“Tanya dia dulu. Jangan share dalam grup ya sebab ruang fitnah banyak. Ya dan ini yang yang berlaku. Bagi kita, kerajaan yang naik, mereka boleh ini. Dia naik, boleh siasat, boleh check dan sebagainya. Kita tak ada masalah,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 3/12/2022

- Advertisement -