‘Tolonglah bagi kita menang banyak kali ini’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Tolonglah bagi kita menang banyak kali ini.”

- Advertisement -

“Beginilah harapan ‘orang-orang lama’ kepada saya,” tulis calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Bagan Serai, Datuk Ustaz Idris Ahmad menerusi Facebook beliau, malam tadi.

Menurutnya, mereka sangat mengharapkan kemenangan besar, ataupun menang majoriti.

”Kita usaha sehabis baik, Allah tentukan kemenangan. Doakan kali ni berpihak kepada kita,” ujarnya lagi

Belaiu berkata, mereka telah melihat dan merasa sendiri pengalaman hidup dari satu persatu pemimpin negara.

Jadi, ujar beliau rasa pahit, masin, manis sudah sebati kerana orang kata telah lama makan garam.

“Sebab itu, apabila saya borak dengan warga ayah ibu kita ini, mereka sangat mengharapkan pemimpin yang lebih baik,” tambahnya.

Kata Idris lagi, mereka mengharapkan pemimpin yang bersih daripada rasuah, dapat jawatan untuk khidmat kepada rakyat, bukannya untuk kepentingan peribadi.

“Insya-Allah, PERIKATAN NASIONAL terbukti menawarkan pemimpin yang bersih dan sentiasa diingatkan supaya beri khidmat terbaik untuk rakyat,” ujarnya.

Beliau menambah, PERIKATAN NASIONAL juga terbukti prihatin dan mampu mentadbir khususnya ketika menguruskan wabak Covid-19 dengan peruntukan sebanyak RM600 bilion untuk kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara.

“Berikan peluang kepada PERIKATAN NASIONAL menang PRU15 dan mentadbir Malaysia tercinta. Semoga hasrat ibu ayah kita ini tercapai,” katanya.

Dalam satu hantaran lain, beliau melahirkan rasa gembira dengan gerak kerja petugas pilihan raya yang menggabungkan tenaga veteran dan anak muda serta kekuatan kaum ibu dan muslimat muda.

Beliau turun meninjau keadaan para petugas dalam lima PDM malam tai iaitu PDM Kampung Selamat, PDM Taman Indah Jaya, ceramah kelompok yang dianjurkan oleh PDM Alor Pongsu dan PDM Parit Simpang 5, PDM Sungai Dungun dan PDM Ladang Jin Seng.

“Luar jangkaan saya. Ramai para petugas sedang bekerja dan mengawal pangkalan masing-masing.

“Tiga hari lagi untuk kita bekerja keras sebelum hari mengundi. Kekalkan momentum,” katanya lagi.

Pada PRU15 ini, beliau menghadapi saingan daripada tiga lagi calon iaitu Ahmad Luqman Ahmad Yahaya (PEJUANG), Zul Helmi Ghazali (BN) dan Siti Aishah Shaik Ismail (PH). – HARAKAHDAILY 16/11/2022

- Advertisement -