Pemuda berdiri teguh dengan pendirian TG Presiden

- Advertisement -

“KITA tak mahu kerajaan tak bersih. Kita berprinsip, kita bukan parti yang hanyut.”

- Advertisement -

Penegasan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Presiden malam semalam semasa ceramah di Melaka supaya berada dalam PERIKATAN NASIONAL untuk pastikan negara bersih dan stabil bagaikan azimat yang terpasak di sukma yang dalam. 

Ungkapan yang menenangkan jiwa para jentera seluruh negara terutama pemuda tatkala kelelahan berjuang.

Kita berjuang bukan semata-mata kerana habuan dunia, apa lagi penuh tersirat hanya bertujuan menang pilihan raya dengan menggadai prinsip termasuk demi kesejahteraan rakyat. 

Demi negara yang bersih dan stabil dan prihatin terhadap rakyat.

Jelas mesej yang disampaikan buat bekalan jentera petugas menghadapi pilihan raya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyokong sepenuh jiwa raga penegasan dan pendirian Tuan Guru Presiden melibatkan kepentingan rakyat. 

Sayugia untuk itu jualah kita akan pastikan sebarang arahan pimpinan ditaati oleh seluruh Pemuda PAS Kelantan tanpa kompromi.

Bekeluk sampan ke hilir,
Mudiknya ke Kuala Tahan,
Tuan Guru Presiden usah khuatir,
Pemuda PAS Kelantan tegak pertahan.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 16/11/2022

- Advertisement -