Kerusi P.009 Alor Setar semakin mendapat perhatian

- Advertisement -

PAKATAN HARAPAN memenangi PRU-14 dengan majoriti lebih 15,000. Dengan majoriti sejumlah itu, kerusi Alor Setar ini boleh dikatakan kerusi selamat buat PH dalam PRU-15 kali ini. 

- Advertisement -

Namun, apabila melihat kepada respon pengundi dan populariti calon dari PERIKATAN NASIONAL, kerusi ini kini semakin menjadi kerusi perhatian apabila Calon PAKATAN HARAPAN dilihat tidak mampu menandingi pendekatan calon daripada PERIKATAN NASIONAL yang lebih diberi ruang untuk bersama pengundi Melayu. 

PAKATAN HARAPAN meletakkan sepenuhnya kepada pengundi Cina untuk bersama mereka secara solid, dan mereka masih mengejar 20 peratus dari pengundi Melayu untuk PAKATAN HARAPAN mengekalkan kemenangan dalam PRU-15 ini. 

HARAPAN selaku penyandang dilihat mula mendapat saingan sengit apabila rata-rata pengundi majoriti Melayu mula cenderung untuk memberi undi kepada calon PERIKATAN NASIONAL. 

Krisis dalaman Umno yang dilihat tidak berkesudahan apabila calon daripada MCA diletakkan sebagai calon dalam PRU-15 ini mewakili BARISAN NASIONAL berbanding hasrat pimpinan Umno bahagian dan agar umbi untuk menamakan Calon Umno bagi mewakili BN di Parlimen Alor Setar ini. 

Ia bagaikan satu pukulan hebat kepada Suara akar umbi Umno apabila suara mereka diketepikan. 

Sekalipun kerusi ini, kerusi tradisi MCA sejak tahun 1955, namun Pimpinan Umno bahagian dan akar umbi melihat kepada komposisi jumlah penduduk majoriti yang kini adalah Melayu, maka ia perlu kepada perubahan strategi untuk PRU-15 ini dihantar calon Melayu. 

Pengundi dan penyokong Umno di semua peringkat dilihat mula berani untuk memberi satu signal yang jelas atas tindakan Umno PWTC yang tidak mahu mendengar suara mereka. 

Rata-rata akar umbi Umno dan pengundi jelas memberikan sokongan padu untuk calon PERIKATAN NASIONAL. 

Mereka yakin dengan kemenangan Calon PERIKATAN NASIONAL dalam PRU-15 ini mampu menjadi sejarah buat Alor Setar apabila mereka berjaya menghantar Calon Anak Muda Melayu yang mewakili gabungan politik yang besar dalam negara. 

Kejayaan PERIKATAN NASIONAL di P.009 Alor Setar dalam PRU-15 juga dilihat mampu untuk mengurangkan jumlah kerusi Ahli Parlimen  Pakatan Harapan. 

hari-hari akhir tempoh berkempen, Alor Setar kini menjadi Kerusi panas dan perhatian buat penganalisis politik.

HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 15/11/2022

- Advertisement -