Bantuan atasi peningkatan kos: 2.5 juta terima bantuan RM2,338

Setiap isi rumah Singapura juga akan mendapat sejumlah S$300 dalam baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC). (FOTO: CNA)
- Advertisement -

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang layak akan menerima pembayaran tunai sehingga S$700  (RM2,338) setiap seorang menjelang Disember ini, sebagai sebahagian daripada langkah untuk membantu mereka menghadapi kenaikan GST dan peningkatan kos sara hidup.

- Advertisement -

Kementerian Kewangan (MOF) yang mengumumkan pada Selasa (15 Nov) berkata bahawa kira-kira 2.9 juta rakyat  dewasa di negara  akan menerima wang tunai sehingga S$200 tunai  seorang di bawah Pakej Assurance, dengan kira-kira 2.5 juta juga layak menerima bayaran tunai khas Kos Sara Hidup (COL) sehingga S$500, lapor CNA

“Kedua-dua jenis poembayaran itu akan diagihkan  secara serentak,” ujar kenyataan  kementerian itu.

Tambah kementeri berkenaan, bayaran khas COL yang diberikan sekali sahaja adalah sebahagian daripada Pakej Sokongan S$1.5 bilion yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,  Lawrence Wong pada Oktober 2022 untuk menyediakan bantuan kos sara hidup bagi isi rumah Singapura.

Ia akan diagihkan kepada warga Singapura berumur 21 tahun dan ke atas pada 2023, dengan pendapatan boleh taksiran tidak lebih daripada S$100,000 pada Tahun Taksiran (YA) 2022, yang mereka juga tidak boleh memiliki lebih daripada satu hartanah.

“Pembayaran, antara S$300 hingga S$500, akan bergantung pada pendapatan boleh taksiran penerima,” ujar Wong.

Beliau juga berkata bahawa  dalam Bajet tahun ini kerajaan negara itu akan menambah S$640 juta kepada Pakej Jaminan S$6 bilion – diumumkan pada 2020 – untuk mengurangkan kesan kenaikan GST, yang berkuat kuasa mulai 1 Jan 2022.

Minggu lalu, kerajaan berkata ia akan meningkatkan pakej itu sebanyak S$1.4 bilion untuk mengimbangi perbelanjaan tambahan GST untuk kebanyakan isi rumah Singapura selama sekurang-kurangnya lima tahun, dengan kira-kira 10 tahun diimbangi untuk isi rumah berpendapatan rendah.

Pakej itu terdiri daripada wang tunai, baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), rebat USave dan tambah nilai MediSave. Jumlah ini akan diagihkan dalam tempoh lima tahun mulai bulan depan.

“Untuk memastikan isi rumah menerima sokongan tepat pada masanya, kami akan mengekalkan komitmen kami untuk mengagihkan tranche pertama manfaat AP dari Disember 2022 hingga Februari 2023, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022,”  kata MOF pada Selasa (15 Nov).

Rakyat Singapura boleh menyemak kelayakan mereka untuk mendapatkan wang tunai Pakej Assurance dan bayaran khas COL di laman web rasmi AP dengan log masuk menggunakan Singpass, yang mana faedah tambahan akan dikeluarkan pada bulan Januari dan Februari.

Pada Januari 2023, isi rumah HDB yang layak akan menerima baucar GST tambahan (GSTV) – ASjimat sehingga S$95 dalam rebat untuk mengimbangi bil utiliti mereka. Ini adalah tambahan daripada rebat S$95 yang diberikan kepada isi rumah yang layak di bawah skim GSTV kekal.

Setiap isi rumah Singapura juga akan mendapat sejumlah S$300 dalam baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).

Baucar ini, termasuk S$200 di bawah Pakej Assurance dan S$100 daripada pakej sokongan yang diumumkan pada Oktober, boleh digunakan di peniaga dan penjaja yang mengambil bahagian, serta pasar raya.

Pada  Februari 2023, warga emas Singapura yang berpendapatan rendah akan mendapat bayaran tunai GSTV (bonus warga emas) sehingga S$300.

Warga emas yang layak berumur 55 tahun ke atas, serta kanak-kanak berumur 20 tahun ke bawah, juga akan menerima S$150 dalam Akaun MediSave Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF) mereka pada bulan yang sama. – HARAKAHDAILY 15/11/2022

- Advertisement -