Bekas jurulatih bola sepak wanita Yale dipenjara 5 bulan

Rudolph 'Rudy' Meredith. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

BOSTON: Bekas jurulatih bola sepak wanita Universiti Yale yang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan mengenai skandal kemasukan kolej dijatuhi hukuman penjara lima bulan kerana menerima rasuah untuk membantu ibu bapa memasukkan anak-anak mereka ke sekolah Ivy League.

- Advertisement -

Rudolph ‘Rudy’ Meredith, yang membuat keputusan untuk bekerjasama membantu penyiasat menemui dalang skim yang meluas itu, telah dijatuhkan hukuman oleh Hakim Daerah AS Mark Wolf di Boston pada Rabu selepas mengaku bersalah pada 2019 atas tuduhan konspirasi dan penipuan.

Hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap Wolf tetap dilaksanakan walaupun pendakwa raya mengesyorkan Meredith, 54, menerima hukuman tanpa penjara selepas menjadi saksi utama dalam siasatan Operasi Varsity Blues, lapor Reuters.

Peguam Meredith dalam penghujahan bertulis memaklumkan Meredith membantu penguatkuasaan undang-undang untuk ‘menebus kesalahannya yang tidak dapat dimaafkan’. Dia juga mesti membayar denda AS$19,000 dan kehilangan lebih daripada $557,000.

Siasatan sebelum ini tertumpu kepada William ‘Rick’ Singer, seorang perunding kemasukan kolej California yang mengaku bersalah pada 2019 bahawa beliau memudahkan penipuan peperiksaan kemasukan kolej dan merasuah jurulatih untuk menjamin kemasukan anak-anak kliennya sebagai atlet palsu.

Siasatan itu menyebabkan 51 orang telah mengaku bersalah, termasuk dua pelakon terkenal Hollywood, Lori Loughlin dan Felicity Huffman, dua daripada klien Singer daripada golongan kaya raya.

Dalam pada itu, dua ibu bapa telah disabitkan bersalah dalam satu perbicaraan, manakala seorang lagi dibebaskan pada Jun tahun ini.

Pendakwa raya berkata Meredith menerima AS$860,000 dari tahun 2015 hingga 2018 daripada Singer sebagai pertukaran menjadikan anak-anak golngan ibu bapa yang kaya raya sebagai rekrut bola sepak atau memastikan kemasukan mereka ke Yale yang berpangkalan di New Haven, Connecticut melalui pintu belakang.

Meredith juga bersetuju menerima rasuah AS$450,000 terus daripada seorang ahli perniagaan California tanpa penglibatan Singer untuk membantu anak perempuannya diterima masuk.

Siasatan penipuan saham yang tidak berkaitan melibatkan ahli perniagaan itu membawa pendakwa untuk mengetahui tentang Meredith, yang seterusnya membantu mereka mendedahkan penglibatan Singer.

Skandal penipuan terbesar ini terbongkar setelah seorang ahli perniagaan dari California disiasat mengenai penipuan saham yang seterusnya membawa kepada pembongkaran kes rasuah melibatkan beliau dan Meredith yang melibatkan sogokan sebanyak AS$450,000 sebagai dorongan untuk memudahkan kemasukan anaknya ke Universiti Yale. – HARAKAHDAILY 10/11/2022

- Advertisement -