Pemilih perlu undi Afnan untuk ‘nafas baru’ Alor Setar

- Advertisement -

TIGA gabungan parti politik yang besar dalam negara telah meletakkan calon di Parlimen P.009 Alor Setar bagi mewakili rakyat dan pengundi dalam PRU15 ini. 

- Advertisement -

Melihat kepada data pengundi mengikut bangsa yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR dalam PRU15 ini maka pengundi perlu menilai dan membuat satu keputusan yang tepat agar ia mampu memberi impak positif kepada pemegang tara dalam Parlimen Alor Setar ini khususnya pengundi dan rakyat majoriti itu sendiri. 

Dengan komposisi kaum seperti berikut: 

  • Melayu = 68,019 (64.2 peratus).
  • Cina = 33,939 (32.0 peratus).
  • India = 4,043 (3.8 peratus).
  • Lain-lain = 5 (0.0 peratus).

Apa pilihan anda sebagai pengundi dan rakyat Alor Setar? 

PH Hantar Simon Ooi Tze Min calon PKR  yang kini sebagai ADUN Bakar Arang, Sungai Petani.

BN pula hantar Tan Chee Hiong 陈志雄 calon MCA.

PN [PERIKATAN NASIONAL] menawarkan Afnan Hamimi Taib Azamudden Setiausaha Politik YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah, yang kini berkhidmat di Wisma Darul Aman dan menetap di sini. 

Saya juga yakin, pimpinan Umno Bahagian juga pernah menyatakan perkara ini, namun BN telah membuat keputusan untuk meletakkan calon MCA kerana Parlimen Alor Setar adalah Kerusi Tradisi MCA. 

https://www.astroawani.com/berita-politik/kembalikan-kerusi-parlimen-alor-setar-kepada-umno-mohd-yusof-336958?amp=1

Sebaliknya pula PERIKATAN NASIONAL berjaya bermuafakat dengan baik apabila parti Gerakan dan BERSATU bersetuju meletakkan calon dari PAS untuk ditawarkan kepada rakyat dan pengundi Alor Setar dalam pilihan raya kali ini. 

Sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955 sehingga kini pilihan raya ke 15 belum ada wakil ke Parlimen dari anak Melayu diangkat menjadi Ahli Parlimen Alor Setar.

[Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu] 
1955-1959 – Lee Thean Hin MCA 

[Parlimen Persekutuan Tanah Melayu]
1959-1963 – Lim Joo Khong MCA 

[Parlimen Malaysia] 
1963-1964 – Lim Joo Khong MCA
1964-1974 – Lim Pee Hung MCA 
1974-1990 – Oo Gin Sun MCA 
1990-2013 – Chor Che Heung MCA 
2013-2018 – Gooi Hsiao Leung PKR 
2018-2022 – Chan Ming Kai PKR

Pengundi Majoriti Alor Setar perlu berpakat dan bersama untuk mengundi Afnan Hamimi untuk Alor Setar Nafas Baru. 

Kepimpinan dan profil yang dimiliki oleh calon anak muda ini mampu menjadi seorang Ahli Parlimen mewakili pengundi dan rakyat di Alor Setar. 

Undilah PERIKATAN NASIONAL | P.009 Alor Setar 

HANAFI ZULKAPLI 
Anak Jati Kedah – HARAKAHDAILY 8/11/2022

- Advertisement -