PPS telah dibuka, siap siaga hadapi bencana banjir

- Advertisement -

BERPANDUKAN amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) sehingga 31 Oktober 2022 jam ini yang mana melibatkan negeri di Pantai Timur, Pantai Selatan, Zon Utara dan Zon Tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia serta di beberapa kawasan di Negeri Sabah di mana terdapat tanda-tanda ribut petir di kawasan terlibat dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka akan berlaku melebihi sejam.

- Advertisement -

Perkembangan mutakhir ini, dengan laporan daripada MET Malaysia dengan perkembangan penurunan taburan hujan hampir setiap hari dan melibatkan seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak walaupun kita tidak boleh menjangkakan banjir atau tidak, sudah tentu kawasan tersebut akan berisiko untuk terjadinya bencana banjir.

Khidmat Malaysia sangat mengambil berat mengenai perkara ini, walaupun menyedari bahawa kita sedang berada dalam suasana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan sedaya upaya Khidmat Malaysia memastikan bahawa petugas dan sukarelawan akan turut membantu dan melaksanakan tugas seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

Maklumat terkini daripada Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah dibuka di SK Suka Menanti, Kedah seramai 75 mangsa dan 25 keluarga dan di Balairaya Kampung Belimbing Dalam di Melaka yang mana seramai 16 orang mangsa yang sedang berteduh di sana.

Bilik Operasi di peringkat Negeri-negeri diarahkan dibuka untuk tujuan mengemaskini maklumat dan penyaluran laporan kepada Khidmat Malaysia Pusat.

Bagi Negeri-negeri yang terlibat, sila pastikan bahawa Khidmat Malaysia di peringkat Kawasan-kawasan diaktifkan manakala Negeri-Negeri yang lain turut sama membuat persediaan untuk membantu operasi apabila diarahkan nanti.

Keberkesanan Khidmat Malaysia peringkat kawasan-kawasan mestilah dipertingkatkan, khususnya dalam mengumpulkan sukarelawan dan petugas di peringkat masing-masing kerana kita memahami kesukaran bergerak di luar kawasan masing-masing.

Khidmat Malaysia telah membuka Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) dan segala maklumat hendaklah disalurkan ke hotline whatsapp 010-544 9866.

Khidmat Malaysia akan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa di laman sosial Facebook rasmi.

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”

Sekian, terima kasih.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
31 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 31/10/2022

- Advertisement -