Dapat mandat terus bayar royalti kepada Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan akan membayar royalti petroleum kepada Kelantan sebagaimana termaktub dalam perjanjian apabila diberi mandat menerajui Putrajaya.

- Advertisement -

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, royalti petroleum kepada Kelantan akan terus diberi tanpa perlu soal banyak lagi.

Katanya sebelum ini kerajaan Pusat memberi dana khas kepada Kelantan sebanyak RM400 juta.

“Ini janji saya kepada rakyat Kelantan sekiranya PN diberi mandat menerajui kerajaan Persekutuan,” katanya pada ceramah Penyatuan Ummmah di Dataran Warisan sempena sambutan ulangtahun ke-32 dasar Membangun Bersama Islam malam tadi.

Menurutnya juga dengan sokongan padu rakyat, mesyuarat pertama kabinet kerajaan PN akan memperbetulkan semula urus tadbir ekonomi negara daripada lebih teruk.

Lagi pun katanya beliau banyak ramalan menggambarkan ekonomi dunia akan lebih parah pada tahun hadapan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, pengumuman calon-calon PN yang akan bertanding akan dibuat di setiap negeri.

Katanya kaedah itu dilaksanakan bagi membolehkan rakyat di peringkat negeri tahu siapa calon PN yang akan bertanding.

Menurutnya juga PN akan meletakkan calon di kesemua 222 kerusi Parlimen termasuk 27 kerusi yang dianggap kritikal pada PRU15. – HARAKAHDAILY 22/10/2022

- Advertisement -