PRU15: Bersatu tidak bekerjasama dengan PH

Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bersatu telah membuat ketetapan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PH dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan perkara itu dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menyatakan demikian berhubung laporan media mengenai kerjasama Bersatu dan PH dalam PRU15.

“Bersatu juga mengambil maklum pendirian Majlis Presiden PH yang telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu,” ujarnya.

Menurutnya, Bersatu akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) bersama PAS, Gerakan, SAPP dan STAR Sabah sebagai gabungan politik pelbagai kaum di negara ini yang berhasrat menawarkan kepimpinan yang bebas rasuah, cekap dan prihatin demi kemakmuran seluruh rakyat.

“Selaras dengan prinsip demokrasi dan kebebasan rakyat untuk memilih, Bersatu bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU15 melibatkan PN, BN, PH dan parti-parti politik lain yang akan bertanding,” katanya yang juga Pengerusi PN. – HARAKAHDAILY 15/10/2022

- Advertisement -