Siapa enggan akta antirokok diluluskan Parlimen?

- Advertisement -

KEMENTERIAN Kesihatan cuba buat untuk total ban – rokok dan vape tetapi masalah perundangan akan menghalang kita. Ramai yang bantah. Nak buat macam mana? 

Untuk meluluskan sesuatu akta itu mesti melalui Parlimen dan kena lihat pula siapa Ahli Parlimen yang sanggup untuk memperjuangkan total ban ini. 

Kalau dari 222 orang Ahli Parlimen ataupun majoriti mudah 112 orang bersetuju untuk disokong Akta yang baharu supaya total ban senang pula kita. 

Namun hakikatnya setiap perubahan dalam akta rokok atau vape ataupun apa saja akta ini perlu diangkat ke Parlimen dan dibahaskan di sana. Bergantung kepada kefahaman Ahli Parlimen itu sendiri yang sebagai ‘lawmaker’untuk meluluskannya. Kami di peringkat pelaksana ini yang berada di Kementerian Kesihatan tidak boleh bertindak begitu sahaja tanpa punca kuasa yang sepatutnya.

Katakanlah semua nekad untuk total menghapuskan rokok atau vape malah industri yang melibatkan rokok dan vape itu dihapuskan dalam negara kita, beberapa ‘consequences’ boleh berlaku.

1. Penyokong vape atau rokok akan cuba membentuk satu halangan awam melalui membuat Petition di mahkamah ataupun Petition rakyat melalui kempen media. Sebenarnya dah ada pun usaha-usaha ke arah ini apabila ura-ura kerajaan ingin melaksanakan Akta baharu kawalan tembakau 2022 dan menghalang generasi yang berumur 2007 dan ke atas untuk mendapatkan akses rokok atau vape. Diam tidak diam mereka telah pun mendapat lebih dari setengah juta orang awam untuk menghalang akta GEG dan regulasi Vape tersebut.

2. Masyarakat sendiri tidak sensitif dengan usaha penguatkuasaan yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa. Malah terdapat gangguan tertentu apabila pegawai penguatkuasa menjalankan tugas mereka sama ada gangguan secara verbal ataupun gangguan secara fizikal. 

Di sinilah menjadi kekangan bagi pihak penguatkuasa untuk bertindak. Mereka juga manusia biasa yang memerlukan perlindungan peribadi. Di samping dengan tugas hakiki yang lain serta kekangan dari segi perjawatan juga terhad. Menyebabkan mereka tidak boleh pergi ke semua tempat yang untuk pemeriksaan.

“ala apa salahnya kerajaan tambah aje lah pegawai tersebut!”. 

Komen itu lebih pandai daripada pihak kerajaan sendiri yang sudah tentu untuk mewujudkan sesuatu perjawatan bukan semudah itu. Ianya memerlukan unjuran dari sudut ekonomi dan seumpama dengannya. Apa salahnya kita sebagai orang awam ini menjadi polis masyarakat untuk menegur orang yang menghisap rokok di tempat-tempat awam yang terlarang seperti yang termaktub dalam akta sedia ada!

3. Pelaksanaan akta juga mungkin akan terbantut dan tidak boleh dilaksanakan secara menyeluruh kerana terdapatnya usul integriti seperti penerimaan suapan dan seumpama dengannya. Walaupun jumlah denda adalah rendah tetapi manusia akan sentiasa mencari jalan bagi meloloskan diri dari terjebak dalam isu tangkapan atau mahkamah.

Apa yang berbaki sekarang ini adalah kuasa rakyat untuk menentukan pilihan mereka sama ada ingin meneruskan perjuangan untuk membanteras vape dah rokok ini dengan sekadar yang kemampuan yang ada. Pujuklah Ahli Parlimen masing-masing untuk menyokong usaha yang telah dijalankan oleh KKM bagi melaksanakan Akta Kawalan Tembakau 2022 yang akan dibentangkan nanti atau terus pasrah dengan apa sahaja yang di catur oleh syarikat-syarikat besar.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 27/9/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -