Newcastle bukti betapa sukarnya Liga Perdana

Pengurus Newcastle United, Eddie Howe (kiri) dan Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, selepas kedua-dua pasukan berkongsi mata
- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Manchester City bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 3-3 dengan Newcastle United yang membuktikan tiada perlawanan mudah dalam Liga Perdana.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkongsi sentimennya selepas The Citizens berkongsi satu mata di St James Park, Ahad lalu.

- Advertisement -

Beliau memberikan pujian hebat kepada pasukan tuan rumah untuk persembahan mereka dan berkata, ia adalah petanda betapa bagusnya City yang sepanjang tempoh lima tahun lalu berjaya memenangi empat kejuaraan liga.

“Liga Perdana adalah sangat sukar untuk semua orang. Kami tahu perlu melalui pengalaman begini untuk menyedari betapa hebatnya kami melakukannya dalam tempoh lima tahun lalu dan betapa sukarnya jika mahu meneruskannya,” kata Guardiola.

City ketinggalan dua gol pada awal babak kedua. Walaupun Erling Haaland dan Bernardo Silva, meletakkan City kembali ke tahap yang sama, mereka kehilangan mata buat kali pertama musim ini.

“Selepas ketinggalan 3-1, untuk membuat kemunculan semula ini dan peluang yang kami cipta pada separuh masa kedua… kami mempunyai peluang yang lebih jelas,” kata Guardiola.

“Newcastle kini menjadi antara lawan yang paling sukar, kualiti mereka sangat kuat,” tambahnya.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe, hampir melakar keputusan mengejut, tetapi City tidak tewas sejak hari pembukaan musim lalu.

“Ia adalah perlawanan luar biasa, emosi yang memuncak. Kami ketinggalan 1-0 yang merupakan permulaan paling teruk mungkin menentang pasukan ini kerana anda perlu mengejar permainan, tetapi saya fikir pemain bertindak balas dengan cemerlang.

“Kami mahu meletakkan mereka di bawah tekanan dan meninggalkan sini dengan perasaan mereka telah berada dalam permainan. Sudah tentu kami berada di hadapan mereka dan kami komited dengan sangat baik,” kata Howe.

- Advertisement -