Pesta arak Oktoberfest undang perpecahan dalam negara

- Advertisement -

SAYA ingin menyatakan sokongan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung pendirian mengenai isu penganjuran Oktoberfest. 

Bantahan yang dikemukakan oleh kelompok pro pesta arak ini merupakan sesuatu yang telah dijangka sejak daripada awal. 

Jelas penganjuran pesta arak Oktoberfest telah mengundang bibit-bibit perpecahan yang tidak perlu dalam negara. 

Walhal, tiada agama dan budaya yang diamalkan di negara ini memberikan keizinan kepada penganutnya untuk meminum arak. 

Namun, ironinya tegahan yang dibuat Menteri Hal Ehwal Agama disanggah kononnya menyekat kebebasan kepada golongan bukan-Islam. 

Sedangkan jika masing-masing berpegang kepada agama masing-masing, isu pengharaman arak tidak sepatutnya timbul. Apatah lagi penganjuran pesta arak yang lebih membawa mudarat berbanding manfaat.

Di Malaysia, usaha mengawal pengambilan minuman beralkohol masih banyak kelompongan. Langkah untuk mencegah rintang kemudaratan arak sering kali digagalkan oleh kelompok yang berpegang kononnya memabukkan juga adalah sebahagian daripada hak asasi manusia. 

Oleh sebab itu, saya berpendirian pesta arak seperti Oktoberfest sebenarnya menjadi dalang perpecahan dalam negara. 

Lebih malang lagi masih ada orang Islam yang tegar mempertahankannya meskipun di sebalik pelbagai kesan negatif yang didorong olehnya. 

Sekian, terima kasih.

YB SENATOR DATO’ USTAZ AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 4/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -