Tuntutan Sulu: Malaysia tidak akan berganjak demi pertahan hak

Ismail Sabri pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Negara 2022 Hotel Marriot, Putrajaya pada 19 Julai 2022 (FOTO HARAKAHDAILY/MUHAMMAD ZHARIF ZULKIFLEE)
- Advertisement -

Oleh NORHANA MAT ZIN

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi atau berganjak seinci pun dalam mempertahankan hak dan kedaulatan negara daripada tuntutan Kesultanan Sulu.

Sebaliknya tindakan terhadap isu aset Malaysia di seluruh dunia yang kini diancam bahaya, susulan tuntutan yang dibuat waris Kesultanan Sulu bernilai AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion), akan dilakukan secara menyeluruh.

- Advertisement -

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan menyeluruh itu bukan sahaja melibatkan aset-aset PETRONAS sahaja, malah termasuk juga aset-aset lain yang ada di luar negara.

“Kita akan tengok secara menyeluruh walaupun ada agensi bukan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi kerajaan sudah pun mempunyai aset di luar negara,” ujarnya ketika merasmikan Persidangan Keselamatan Negara 2022: Mendepani Cabaran Semasa dan Akan Datang di Hotel Marriot, Putrajaya, di sini, hari ini.

“Ia adalah tanggungjawab yang diberikan kepada pasukan task force mengenai Kesultanan Sulu,” tambah beliau yang menegaskan Malaysia tidak akan menghantar pasukan sekuriti ke negara luar.

“Malaysia sebaliknya akan mengawal melalui perundangan iaitu membawa kes ini ke mahkamah,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/7/2022

- Advertisement -