Gempa bumi kuat landa Afghanistan: 1,000 maut, 1,500 cedera

Gempa bumi 6.1 magnitud di Afghanistan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 nyawa. (FOTO Firstpost))
- Advertisement -

KABUL: Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud pada skala Ritchter yang melanda bahagian tenggara Afghanistan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 nyawa dan 1,500 yang lain mengalami kecederaan.

Ketua penerangan wilayah Paktika, Mohammad Amin Hazifi, dalam kenyataannya kepada BBC berkata bahawa 1,000 orang telah meninggal dunia dan 1,500 orang cedera.

Terdahulu, Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USSG) dalam kenyataanya berkata, gempa bumi itu berlaku pada awal pagi Rabu (22 Jun) waktu tempatan dengan pusat gempa ialah kira-kira 44 kilometer (km) dari bandar Khost di selatan ibu negara, Kabul pada kedalaman 51 km.

- Advertisement -

Gegaran turut melanda sebahagian daerah Barmala, Ziruk, Naka dan Gayan di wilayah Paktika yang bersempadan dengan Pakistan, lapor Agensi Berita Bakhtar yang dikendalikan kerajaan Afghanistan.

Pegawai kerajaan Afghanistan berkata angka kematian boleh meningkat lagi tanpa bantuan kecemasan segera.

Pusat Seismologikal Mediterranean Eropah (EMSC) menerusi ciapan Twitter pula berkata, gegaran itu dialami sehingga kawasan sejauh 500 km membabitkan sekitar 119 juta penduduk Afghanistan, Pakistan, Afghanistan dan India.

“Selain Kabul, gegaran turut dialami ibu negara Pakistan, Islamabad. Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter pula turut melanda selatan Iran,” ujar kenyataan ciapan EMSC itu. – Agensi

- Advertisement -