Lot tanah dibatal kerana berlainan parti

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
“Jika tiada bantuan seperti ini, mungkin sampai ke tua saya akan hidup menyewa kerana keluarga tiada tanah pusaka.

“Tetapi dengan bantuan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dan Pusat Khidmat Dun Salor, dapat juga kami akhirnya memiliki rumah dan tanah yang diberi kerajaan,” kata Nadzuha Che Mud, 55.

- Advertisement -

Beliau yang bertugas sebagai pegawal keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1,200 tidak mungkin mampu memiliki kediaman sendiri.

Lebih-lebih lagi keluarganya besar dengan bilangan 10 anak.

Bagaimnapun katanya hasil bantuan Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar tanah kerajaan seluas kira-kira 4,000 kaki persegi di Kampung Tok Lebir ditukar status sebagai lot kediaman.

Nadzuha mendakwa beliau pernah memohon untuk mendapatkan bantuan rumah daripada wakil rakyat Umno sebelum ini, namun tidak menjadi kenyataan.

“Setelah beberapa orang wakil rakyat bertukar ganti, namun hasrat tersebut tidak tercapai. Sebelum ini pernah diberi tanah rizab Kada untuk bina rumah, tetapi dibatalkan kerana berlainan parti,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/6/2022

(Ikuti kisah lanjut keluarga Nadzuha dalam Harakah edisi cetak)

- Advertisement -