Umno boleh laksana elemen Islamik di negeri diterajui BN

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan terkejut dengan tawaran terbaru Umno untuk menjadikan Kelantan yang lebih Islamik sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketuanya Mohamad Kamal Mohamed berkata, Umno tidak perlu menunggu untuk menang PRU bagi melaksanakan elemen Islamik memandangkan parti itu atas nama Barisan Nasional (B) secara total menguasai Johor, Melaka, Pahang dan Perlis sekarang.

- Advertisement -

Kata beliau sepatutnya negeri-negeri terbabit sudah lama melaksanakan elemen Islamik seperti yang diimpikan Pengerusi Umno Kelantan Dato’ Ahmad Jazlan Yaakob.

“Ketika Umno Kelantan diketuai tokoh pemimpin yang jauh lebih berkeliber pun gagal melaksanakan impian tersebut, inikan pula pemimpin yang ada sekarang,” katanya di sini.

Sebuah portal berita melaporkan Umno mahu melaksanakan elemen Islamik di Kelantan sebagai janji bagi menghadapi PRU15.

Selain itu menawarkan pendidikan agama yang lebih baik, penguatkuasaan jenayah Syariah lebih serius dan pengurangan kadar kemiskinan rakyat Kelantan.

“Apa yang sedang dibawa PAS di Kelantan sekarang sudah lama melangkaui idea yang baru disedari Jazlan.

“Kepimpinan kerajaan negeri yang ada hari ini maju jauh ke hadapan daripada tawaran yang disebut Umno Kelantan. Apakah Jazlan gagal mengesan apa yang berlaku sekarang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/4/2022

- Advertisement -