Terharu bakti ARC dorong anak muda sertai PAS

- Advertisement -

Oleh ANNA TAN

SEGAMAT:
Program kemasyarakatan dianjurkan Alternative Riding Club (ARC) Segamat berjaya menarik perhatian anak-anak muda, sehingga ada yang sanggup menyertai PAS.

Pengarah ARC Segamat, Roizaudin Samsudin berkata, program Tukar Minyak Hitam percuma mendapat sambutan meriah daripada pemilik motosikal di Kampung Permatang Panjang dan bandar Jementah.

- Advertisement -

Katanya, seramai 60 pemilik motosikal menyertai program tersebut dan salah seorang daripadanya mahu mendaftar sebagai ahli PAS.

“Program tukar minyak hitam diadakan sebagai tanda keprihatinan kepada rakyat. Kami berusaha membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan Covid-19,” katanya di sini.

Program tersebut mendapat kerjasama ARC Sabah yang datang membantu kempen Perikatan Nasional (PN) di Johor.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Hendri Hamsah berkata, kemeriahan program tersebut sebagai tanda sokongan rakyat kepada PN khususnya di Dun Jementah.

Katanya, ramai anak-anak muda tempatan hadir pada program berkenaan di samping beramah mesra dengan calon PN Dun Jementah, Maimunah Safwah.

“Perkembangan yang berlaku itu menggambarkan anak-anak muda perlu dibantu kebajikan mereka untuk bersama membangunkan Johor demi kesejahteraan mereka,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan. – HARAKAHDAILY 9/3/2022

- Advertisement -