UMK lahir ramai saintis berminda keusahawanan

- Advertisement -

Oleh RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Sepanjang tempoh penawaran program Asasi Sains Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak 2011 hingga 2019, universiti itu melahirkan sembilan kohort pelajar.

Dan jumlah keseluruhan 565 pelajar yang memperolehi tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sepenuhnya.

- Advertisement -

Ketua Jabatan Persediaan Sains UMK, Fakulti Sains Bumi (FSB), Dr Marinah Muhammad berkata, pada tahun 2021, buat pertama kalinya program Asasi Sains ditawarkan di UMK Kampus Jeli.

Katanya, UMK komited melahirkan lebih ramai saintis berminda keusahawanan melalui penubuhan Program Asasi Sains UMK.

“Sebelum ini program itu dikenali sebagai Persediaan Keusahawanan Sains. UMK berusaha menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan bermula pengajian peringkat sijil,” katanya di sini.

Kata beliau langkah berkenaan penting supaya mereka terdedah lebih awal dengan ekosistem keusahawanan di UMK berbanding pelajar peringkat ijazah sarjana muda.

Menurutnya juga pendekatan tersebut akan memberi nilai tambah kepada pelajar yang memilih UMK selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dr Marinah juga berkata, program Asasi Sains UMK merupakan program unik yang mampu melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam bidang sains.

Selain itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang keusahawanan dengan penguasaan bahasa asing yang mereka pilih.

Pengasas Program Asasi Sains UMK, Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Che Omar sebelum ini turut berkongsi pengalaman tentang Bioteknologi dan Bioperniagaan yang merupakan topik kursus Biologi Gunaan bagi pelajar Asasi Sains UMK. – HARAKAHDAILY 9/3/2022

- Advertisement -