Rakyat usah terpengaruh janji manis calon PH

- Advertisement -

Oleh SUZIANA GHANI

SEGAMAT:
Rakyat Johor diharap tidak terpengaruh kempen Pakatan Harapan (PH) kerana banyak janji manis yang ditabur ketika menerajui kerajaan negeri sebelum ini gagal ditunaikan.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah, Isaac Wong berkata masyarakat Cina turut merasai pengalaman berada di bawah kerajaan PH sebelum ini.

- Advertisement -

Begitu juga katanya pengalaman berada di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), di mana masih ramai rakyat yang tidak terbela.

“Jadi kita kena bijak melakukan perubahan di PRN Johor terutamanya melihat prestasi pentadbiran Perikatan Nasional dalam kerajaan Persekutuan cukup baik.

“Saya memahami rakan-rakan Cina di Jementah mengharap pemimpin yang mampu menjaga rakyat untuk tempoh lima tahun mendatang,” ujarnya ketika ditemui semasa kempen di Dun Jementah semalam.

Isaac juga berkata, 12 Mac ini merupakan peluang terbaik pengundi Johor membuat perubahan dengan menyokong PN demi untuk masa hadapan mereka.

“Ayuh! Pakat ramai-ramai undi calon Perikatan Nasional, Maimunah Safwah Musa di Jementah pada PRN Johor Sabtu ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/3/2022

- Advertisement -