Sampaikan kejayaan PAS mentadbir Kelantan

- Advertisement -

SAYA cabar team Penerangan PAS Kelantan semalam! Saya mahu segala bentuk kejayaan serta pengalaman politik PAS dalam mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan mestilah sampai kepada semua rakyat Malaysia di negeri-negeri yang lain. 

Pada saya, kejayaan pentadbiran PAS mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan mestilah dijadikan sebagai ‘enabler’kepada kemenangan PAS di negeri-negeri yang lain. 

- Advertisement -

Jentera PAS di Kelantan tidak boleh duduk dalam zon yang selesa. Kelebihan pengalaman dalam mentadbir Kerajaan selama lebih 30 tahun ini perlu diceritakan, tidak boleh disimpan dan hanya dicanang ketika pilihan raya. 

Hakikatnya, kejayaan pentadbiran ini adalah amanah yang sangat besar buat PAS Negeri Kelantan, khususnya Jentera Penerangan Negeri. Bak kata Uncle Ben kepada Peter Parker, “With great power comes great responsibility“.

Saya telah nyatakan dengan jelas, sebagai Ketua Penerangan PAS saya akan sehabis baik untuk memastikan YB Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan diberikan ruang secukupnya di media elektronik dan media cetak utama serta alternatif negara selain kerap bercerita di platform media sosial yang mempunyai rangkaian terbaik dalam negara kita. Insya-Allah.

Terima kasih daun keladi untuk Penerangan PAS Negeri Kelantan yang sudi menjemput saya merasmikan bengkel strategik Jentera Penerangan PAS Negeri Kelantan yang dilaksanakan di Negeri Johor bersempena PRN Johor yang terpaksa diadakan ini.

Meskipun dalam keadaan dan waktu yang terhad, persediaan bagi menghadapi PRU15 tetap kami teruskan.

Teruskan perjuangan!

Islam Menyatukan Ummah

YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 7/3/2022

- Advertisement -