Peluang PN di Dun Jementah makin cerah

- Advertisement -

Oleh FAIZAH ARBAIN

SANDAKAN:
Peluang calon Perikatan Nasional (PN) di Dun Jementah, Maimunah Safwa Musa dianggap lebih cerah memandangkan pengundi Cina bakal berpecah kepada MCA dan DAP.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, perkembangan sekarang memperlihatkan pengundi Melayu bakal beralih sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

“Ini kerana sentimen undi dalam kalangan pengundi Melayu memperlihatkan sentimen kemelayuan yang tinggi. PN turut mengambil kesempatan atas pertandingan tiga penjuru untuk memantap sokongan.

“Cabaran besar di kawasan majoriti nonMuslim diharap dapat memberi peluang kepada calon PN dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku sekarang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Petugas pilihan raya PAS Sabah berkampung di Dun Jementah sejak beberapa hari lalu. Mereka turut dibantu petugas PAS dari Pahang dan penduduk tempatan.

Calon Dun terbabit diwakili Cikgu Muna daripada PAS yang mewakili PN. Pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diadakan pada 12 Mac ini.

Sahar juga berkata, semangat kerja  petugas kempen PN lebih agresif bagi menarik sokongan pengundi menjelang hari mengundi Sabtu ini.

Katanya juga kempen isu integriti turut menarik perhatian penduduk kerana mereka tidak mahu kerajaan yang akan dibentuk berdepan dengan isu rasuah dan penyelewengan.

“Kempen turun di lapangan sangat memberi impak positif apabila melihat respon yang sangat baik pengundi terutama orang Melayu, malah pengundi berbangsa Cina juga memberi sambutan.

“Tawaran akujanji calon PN juga sangat menarik dan realistik untuk dilaksanakan sesuai dengan keperluan rakyat setempat,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/3/2022

- Advertisement -